Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

TU PASAI LA JANGAN BUAT DASAR MEMPERJUANGKAN BANGSA PADA PARTI

 
 
Guna cara bijaksana selesai perselisihan kaum

Fathul Bari Mat Jahaya
Fathul Bari Mat Jahaya
 
SHAH ALAM – Pemimpin dan rakyat perlu menggunakan pendekatan yang lebih bijaksana dalam menguruskan perselisihan berkaitan isu perkauman.

Exco Pemuda Umno, Dr Fathul Bari Mat Jahya berkata, sebarang tindakan yang mengikut emosi hanya akan memburukkan lagi keadaan.

Beliau mengambil contoh insiden membakar patung pemimpin pembangkang di Kota Bharu sebagai tindak balas kepada tindakan peserta Bersih 4.0 yang memijak gambar pemimpin negara.

“Kita benci dan tak suka tindakan mereka pijak gambar pemimpin. Itu memang sikap kurang ajar tetapi adakah kita perlu buat perkara yang sama? Tak perlu.

“Sebaliknya, tunjukkan kematangan kita dalam menyelesaikan perselisihan tersebut. Sama ada kita guna undang-undang untuk ambil tindakan atau kita kritik dengan sikap lebih intelektual,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata, setiap kaum berhak mempertahankan kaum masing-masing tetapi cara digunakan perlulah berhemah.

“Saya secara peribadinya tak setuju dengan sikap sedemikian (pijak gambar dan bakar patung pemimpin). Sebab dalam soal menuntut hak perlu secara disiplin, bertepatan dengan syariah Islam dan undang-undang sedia ada serta ditambah dengan nilai murni.

“Adakah pijak gambar dan bakar patung itu ada nilai murni? Sudah tentu ia hanya akan mengeruhkan keadaan dan mendatangkan keburukan yang lebih besar,” katanya.

Dalam pada itu, katanya, sesiapa yang menuntut hak kaum masing-masing tidak boleh dianggap sebagai rasis.

“Mereka yang menganggap itu sebagai rasis itu tidak faham bahawa dalam Perlembagaan ada peruntukan untuk bangsa.  Rasis ialah golongan yang bercakap mengenai bangsa dalam keadaan menindas bangsa lain.

“Misalnya, setiap kaum ada hak beragama tetapi sekiranya membawa kepada penindasan hak agama lain, itu rasis. Kalau setakat angkat slogan ‘Bangsa Melayu’, 'Bangsa Cina’ itu bukan rasis,” katanya.

2 orang berkata:

Anonymous said...

Hang pandai pekena kat orang ,yang parti hang dulu pijak gambar sesama kawan peminpin pulak tu .siap yang ajar,mana tidakan disiplinya ,ilsam tak hajar macam tu ,hanag kata parti hang islam ,.malu je kat kucing ,kucing tak buat macam tu hai

Anonymous said...

pas pun apa bezanya skrg. hadi lebih bersimpati sama melayu walau melayu tu seleweng. cermin diri dulu

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.