Sepuluh tahun memadai khidmat sebagai ahli politik
Suasana
di dalam dewan semasa Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam
Shah berkenan bertitah pada istiadat pembukaan mesyuarat pertama
penggal ketiga Parlimen ke-13 di Bangunan Parlimen di Kuala Lumpur hari
ini. - Foto Bernama
SHAH ALAM – Tempoh lapan tahun hingga 10 tahun adalah satu tempoh ideal
bagi seorang ahli politik untuk meneruskan khidmatnya terhadap komuniti
dan masyarakat.
Penganalisis politik Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Dr
Sivamurugan Pandian berkata, tempoh itu sudah memadai bagi seorang ahli
politik melakukan perancangan rapi bagi memenuhi apa sahaja wawasan dan
agenda mereka.
Menurut Sivamurugan lagi, tempoh itu juga memberi peluang bagi generasi
baharu untuk membentuk dan menyesuaikan diri dalam arena politik bagi
menggantikan ahli politik sedia ada.
“Saya rasa dua penggal bagi mereka (ahli politik) sudah memadai. Dulu
tak mengapa.. Kini generasi baru mahukan pemimpin pelapis yang boleh
dilihat mampu gantikan (pemimpin sedia ada) pada waktu sesuai,” katanya
ketika dihubungi Sinar Online, hari ini.
Menurut pendapatannya lagi, ahli politik yang berkhidmat lebih daripada
10 tahun pula berhadapan kemungkinan untuk menggagalkan perancangan
mereka.
Jelasnya, ia disebabkan oleh faktor dan keadaan perjalanan politik yang tidak menentu dalam negara.
“Kalau lebih (daripada 10 tahun), akan mula melahirkan keresahan jika
tiada perubahan dan bersifat statik, ada yg terlalu selesa dan dilabel
dahagakan kuasa,” katanya lagi.


1 orang berkata:
polo shirts
longchamp handbags
kobe shoes
oakley sunglasses
discount oakley sunglasses
phone cases
the north face outlet
mulberry bags
ray-ban sunglasses
nike roshe
ralph lauren outlet
coach handbags outlet
oakley sunglasses wholesale
cheap ugg boots
michael kors outlet
coach outlet store
louis vuitton bags
louis vuitton outlet online
nike outlet store
michael kors outlet online
mm0114
Post a Comment