PRN Sarawak: Pas hantar lebih 10 kerusi
Mustafa Ali
GOMBAK - Pas akan meletakkan calon lebih daripada 10 kerusi untuk
bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak yang dijangkakan
diadakan pada bulan Mac ini.
Pengarah Pilihan Raya Pas, Datuk Mustafa Ali berkata untuk itu, Pas
sudah bersiap sedia bila-bila masa sahaja untuk bertanding di PRN
Sarawak.
"Pilihan raya Sarawak ini kita dalam kesiapsagaan dan kita akan
bertanding lebih daripada kerusi yang kita bertanding pada PRN Sarawak
lepas.
"Akan bertambah mungkin lebih sekali ganda, dulu kita bertanding lima
kerusi dan kali ini mungkin akan bertambah lebih daripada itu," katanya
kepada pemberita ketika ditemui di Taman Melewar bersempena mesyuarat
khas Pas di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (Kuizm) di Gombak
hari ini.
Sementara itu, menurut Pengarah Penyelidikan Pas Pusat, Dr Mohd Zuhdi
Marzuki ketika menyentuh mengenai kenyataan Ketua Pembangkang Datuk Seri
Dr Wan Azizah yang mengatakan bahawa Pas 'mungkin disisihkan' dalam PRN
Sarawak kerana kurang mendapat sambutan dinegeri itu, Mohd Zuhdi
berkata Pas 'hanya tunggu dan lihat' mengenai kenyataan itu.
"Itu di antara yang kita lihat perkembangan PKR, kita masih ada dua
hubungan tetapi kalau PKR terus menikam belakang kita, kita akan melihat
perkembangan itu seterusnya bagaimana," katanya.


3 orang berkata:
pas bertanding bukan untuk menang. kalau bukan untuk menang untuk apa pulak? bingai punya parti.
Apa faedah Pas bedrtanding banayak kerusi kalau sekadar hendak akalah.kan itu bodoh namanya/buang masa dan buang duit aje.inagt tak apa peminpin cakap dulu .ukan nak menang tetapi nak reda sahaj.
Ooi bo... kalah menang sapa pun tak tau tp Pas berani cuba.
Post a Comment