Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PAS BERTANDING LEBIH KERUSI

PRN Sarawak: Pas hantar lebih 10 kerusi
Mustafa Ali
Mustafa Ali
 
GOMBAK - Pas akan meletakkan calon lebih daripada 10 kerusi untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak yang dijangkakan diadakan pada bulan Mac ini. 
 
Pengarah Pilihan Raya Pas, Datuk Mustafa Ali berkata untuk itu, Pas sudah bersiap sedia bila-bila masa sahaja untuk bertanding di PRN Sarawak.

"Pilihan raya Sarawak ini kita dalam kesiapsagaan dan kita akan bertanding lebih daripada kerusi yang kita bertanding pada PRN Sarawak lepas.

"Akan  bertambah mungkin lebih sekali ganda, dulu kita bertanding lima kerusi dan kali ini mungkin akan bertambah lebih daripada itu," katanya kepada pemberita ketika ditemui di‎ Taman Melewar bersempena mesyuarat khas Pas di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad  (Kuizm) di Gombak hari ini.

Sementara itu, menurut Pengarah Penyelidikan Pas Pusat, Dr Mohd Zuhdi Marzuki ketika menyentuh mengenai kenyataan Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah yang mengatakan bahawa Pas 'mungkin disisihkan' dalam PRN Sarawak kerana kurang mendapat sambutan dinegeri itu, Mohd Zuhdi berkata Pas 'hanya tunggu dan lihat' mengenai kenyataan itu.

"Itu di antara yang kita lihat perkembangan PKR, kita masih ada dua hubungan tetapi kalau PKR terus menikam belakang kita, kita akan melihat perkembangan itu seterusnya bagaimana," katanya.

3 orang berkata:

Anonymous said...

pas bertanding bukan untuk menang. kalau bukan untuk menang untuk apa pulak? bingai punya parti.

Anonymous said...

Apa faedah Pas bedrtanding banayak kerusi kalau sekadar hendak akalah.kan itu bodoh namanya/buang masa dan buang duit aje.inagt tak apa peminpin cakap dulu .ukan nak menang tetapi nak reda sahaj.

Unknown said...

Ooi bo... kalah menang sapa pun tak tau tp Pas berani cuba.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.