Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PEMBOHONGAN PENGKHIANAT

PERSOALANNYA APABILA NIK OMAR BERPENDIRIAN MACAM LALANG MAKA KESAN DARIPADA SIKAPNYA MEMBUATKAN DIA MENJADI MAINAN POLITIK, SIKAP TERSEBUT BAIK ATAU TIDAK DIDALAM ISLAM ? DALAM ARENA POLITIK TANAH AIR NIK OMAR TIDAK POPULAR SEBAGAI MANA NIK ABDUH, AMANAH JUGA TIDAK MENGHARAPKAN SANGAT DENGAN NIK OMAR UNTUK MELARISKAN POLITIKNYA, APA YANG DIHARAPKAN OLEH AMANAH IALAH ATAS NAMA BAPANYA, JADI NIK OMAR AKAN DIJADIKAN BRAND ALAT DIDALAM POLITIK AMANAH - Pak Karamu    

                                         
Bukan kali pertama Amanah terdesak
Tuan Ibrahim Tuan Man
Tuan Ibrahim Tuan Man
SHAH ALAM -‎ Tindakan mengheret anak Allahyarham Datuk Abdul Azik Nik Mat dalam Parti Amanah Negara  (Amanah) telah meninggalkan kesan besar dalam jiwa keluarga Allahyarham, kata Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.  

Oleh itu, kata Tuan Ibrahim ‎dia berharap agar perkara ini tidak berulang lagi. "Saya harap perkara ini tidak berulang kerana ini bukan kali pertama Amanah Kelantan cuba kaitkan Nik Omar dengan parti mereka. 

"Kalau amanah mempunyai kekuatan, lebih baik mereka menumpukan usaha menyedari dan menarik ahli Umno dari terus menarik dan memujuk ahli Pas," katanya kepada Sinar Online hari ini.


Tuan Ibrahim berkata demikian bagi mengulas kenyataan Amanah Kelantan hari ini yang mengesahkan bahawa anak sulung Allahyarham Datuk Abdul Aziz, Nik Omar tidak menyertai Amanah Kelantan sepertimana yang didakwa parti itu sebelum ini.


Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim berkata, tindakan yang diambil oleh Amanah sebelum ini memalukan parti itu sendiri.


"Tindakan ini dilihat sebagai satu tindakan terdesak bagi meraih simpati orang ramai," katanya.




Sabtu lalu, Nik Omar menafikan penyertaan beliau dalam‎ Amanah seperti mana yang dilaporkan portal berita.


Anak kedua bekas Mursyidul Am Pas itu enggan mengulas lanjut mengenai perkara  itu, namun  tidak‎ menolak kewujudan kepelbagaian parti, termasuk kehadiran parti Amanah dalam sistem politik tanah air.


Menurutnya, beliau lebih suka kepada gagasan penyatuan ummah dengan masing-masing membawa pendekatan meraikan satu sama lain.


Sebelum itu, dalam majlis makan malam Amanah Kelantan di Petaling Jaya,  Pengarah Komunikasi Amanah Kelantan, Nordin Hussin‎ mengumumkan Nik Omar dilantik sebagai Pengerusi Panel Syariah Amanah Kelantan.
free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.