Padah reka cerita diculik, gadis didakwa
Remaja (tengah) yang mendakwa dirinya diculik dibawa ke mahkamah untuk didakwa. – Foto Sinar Harian oleh ROSLI TALIB
KLANG - Remaja perempuan yang mereka cerita diculik baru - baru ini
dihadapkan ke Mahkamah Majistret Klang dan mengaku bersalah terhadap
tuduhan memberi maklumat palsu.
Dia yang berusia 15 tahun membuat pengakuan itu di hadapan Majistret, Nor Asma Ahmad sebentar tadi.
Gadis itu bersalah dengan sengaja telah menggunakan keterangan bahawa diculik sebagai keterangan benar adalah palsu.
Kesalahan itu dilakukan di Bandar Sultan Suleiman, Klang jam 9.12 pagi pada 29 Disember lalu.
Nor Asma menetapkan 14 Januari depan untuk fakta dan perintah.
Sementara itu, seorang pekerja penyembur nyamuk sambilan mengaku tidak bersalah merogol gadis berkenaan.
Dia yang berusia 16 tahun itu didakwa merogol mangsa yang ketika itu
berusia 13 tahun enam bulan di sebuah rumah di Bandar Suleiman pada
sekitar Disember 2014.
Selain itu, remaja lelaki, Gan Chin Teck,19, mengaku tidak bersalah
atas tuduhan melarikan remaja bawah umur tanpa keizinan penjaga yang
sah.
[ARTIKEL BERKAITAN: Kerana cinta, remaja perempuan sanggup menipu]
Kesalahan itu didakwa dilakukan di hadapan Sekolah Kebangsaan Bandar Sultan Suleiman, dekat sini pada 27 Disember lalu.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Syed Farid Syed
Ali mengikut Seksyen 196 Kanun Keseksaan dan Seksyen 376 serta Seksyen
361 kanun sama.
Sebelum ini, kehilangan gadis itu menjadi viral di media sosial selepas
rakaman perbualan telefon bersama kakak angkatnya tersebar.
Pada peringkat awal, remaja itu masih boleh dihubungi menerusi telefon
bimbit yang memaklumkan bahawa dia keluar untuk berjumpa rakannya,
sebelum dimaklumkan beliau dilarikan dua lelaki tidak dikenali semasa
dalam perjalanan ke rumah.
Dia juga memberitahu dirinya dibawa ke sebuah gudang dengan menaiki sebuah van warna putih.
Dia kemudiannya ditemui selamat oleh sepasukan polis di hadapan sebuah stesen minyak di Kanchong Darat, Banting, dekat sini.


2 orang berkata:
Malangnya banyak pembohong politik terlepas dan tidak didakwa. Cthnya pembohong lebai sapu balak, sipembohong pil kuda, sipembohong duit cikgu yik, sipembohong UG.....
Sipembohong politik jika guna nama Islam boleh terus masuk syurga??
jordan shoes
longchamp online shop
yeezy boost
yeezy boost 350
michael kors outlet
air max thea
air jordan shoes
nike air zoom pegasus 32
adidas stan smith
longchamp handbags
achang
Post a Comment