Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

ALO ANEE, DULU LU ORANG KATA PAS TAK TAU POLITIK

Pakatan baharu melemahkan Pakatan Harapan
V Sivakumar
V Sivakumar

IPOH - "Bukan lemahkan kerajaan tetapi lemahkan Pakatan Harapan," demikian kata, Timbalan Pengerusi DAP Perak, V Sivakumar berhubung kerjasama Pas dengan beberapa parti politik bagi mewujudkan pakatan pembangkang baharu.

Menurutnya, pendekatan yang dibuat Pas itu jelas merugikan selain akan memecahkan undi pembangkang pada PRU14 nanti.


"Dengan adanya satu gabungan yang lain maka akan menyebabkan berlaku pertandingan tiga penjuru di merata tempat dan ini sudah pasti menguntungkan BN," katanya.


Beliau berkata demikian ketika ditemui di Wisma DAP, di sini, hari ini.


[ARTIKEL BERKAITAN: Kerjasama: Pas, Parti Ikatan Bangsa Malaysia akan kerjasama?]

Sivakumar berkata, pakatan yang akan diwujudkan Pas itu juga membuktikan bahawa parti itu tidak mampu bergerak bersendirian dalam mendepani arus politik negara.


[ARTIKEL BERKAITAN: Kerjasama: Bukti Pas tidak boleh sendirian]

"Pendirian mereka juga sering berubah-rubah, sekejap cakap nak bersendirian, sekejap cakap nak buat gabungan, saya tak faham, apa tujuan sebenar mereka?," katanya.


Dalam pada itu, beliau turut menggesa PKR supaya menyatakan pendirian sebenar berhubung kerjasama politik yang terjalin dengan Pas.


"PKR perlu ambil tindakan sewajarnya, mesti buat keputusan yang jelas, jangan buat rakyat kabur dengan pendirian kamu (PKR)," katanya.


Katanya, pendirian itu perlu dinyatakan segera bagi melancarkan gerak kerja dalam Pakatan Harapan.

1 orang berkata:

Unknown said...

Dap ni dok gaduh apa.la cuba fikir sapa yg meroyan.Pas ka dap.biar la Pas nak pakat atau kerjasama dgn sapa pun.yg dap rasa sakit tang mana.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.