Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

GLC MAHADHIR PUNYA ? MALU LA UMNO !

Ku Li: Jawatan GLC itu hak Mahathir
Tengku Razaleigh Hamzah

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mempunyai hak sama ada mahu terus menerajui syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang disandang pada masa ini ataupun melepaskannya meskipun beliau bukan lagi ahli Umno.

Ahli Parlimen (Umno-Gua Musang-), Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah berkata negarawan itu mempunyai cara tersendiri untuk mempertimbangkan kedudukannya dalam syarikat berkepentingan kerajaan selepas beliau menandatangani Deklarasi Rakyat dengan kerjasama pemimpin Pakatan Harapan.

“Saya fikir itu hak dia (Mahathir) sama ada mahu kekal atau letak jawatan. Dia ada cara sendiri untuk membuat pertimbangan (jawatan GLC),” katanya kepada pemberita di lobi bangunan Parlimen, di sini, hari ini.

Sebelum ini, Kelab Naib Ketua Umno Bahagian 1Malaysia pada Selasa menggesa kerajaan melucutkan jawatan Mahathir dalam beberapa syarikat GLC pada masa ini seperti Pengerusi Yayasan Kepimpinan Perdana, Penasihat Petronas dan Pengerusi Proton.

Pengerusinya, Datuk Muhamad Anuar Md Yunos juga menyuarakan rasa terkilan dan kecewa dengan tindakan Mahathir yang menggerakkan Deklarasi Rakyat untuk menyelamatkan Malaysia dengan mendesak Datuk Seri Najib Tun Razak meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri serta Presiden Umno.

Muhamad Anuar juga berkata penglibatan beberapa pemimpin Umno lain seperti Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir dengan menandatangani deklarasi itu dan bersengkongkol dengan pemimpin pembangkang untuk menyingkirkan Najib itu adalah tindakan tidak berperlembagaan.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.