Kelantan kaji laksana hukuman sebat di tempat awam
Gambar hiasan.
KOTA BHARU - Kerajaan Kelantan akan mengkaji cadangan pelaksanaan
hukuman sebat bagi pesalah zina dilakukan di tempat awam bagi memberi
pengajaran kepada pesalah.
Exco Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta
Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud berkata, cadangan yang dikemukakan
Datuk Hassan Mahamood (Pas-Tawang) adalah baik kerana ia mampu
menakutkan masyarakat daripada melakukan perbuatan itu.
"Kita telah melaksanakan hukuman rotan ini namun ia dilakukan di
penjara sahaja dengan maksimum enam sebatan. Boleh jadi kalau diadakan
di hadapan orang ramai, ia boleh menggerunkan mereka untuk melakukan
kesalahan berkenaan.
"Apapun kerajaan (negeri) akan melakukan kajian tentang perkara ini
terlebih dahulu," katanya ketika menggulung perbahasan usul menjunjung
kasih titah ucapan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V pada perasmian
sidang Dun Kelantan yang bermula Isnin lalu dan berakhir hari ini.
Semalam Hassan ketika membahaskan titah Sultan Muhammad V mencadangkan
agar kerajaan negeri melaksanakan hukuman itu di tempat awam bagi
memberi pengajaran kepada pesalah zina.
[ARTIKEL BERKAITAN: Sebat pesalah zina depan masjid]
Mohd Nassuruddin berkata, pada masa ini hukuman sedia ada bagi pesalah
zina di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah adalah penjara tidak lebih
tiga tahun, denda RM5,000 dan enam sebatan yang dilaksanakan di lokap
pesalah. - Bernama


2 orang berkata:
sebat dgn pelepah nyoq boleh tak?
Tuan sdg persenda hudud ke ni..? kalau tuan seorg muslim sila mengucap.. kalau munafik terpulang pd tuan..
Post a Comment