Rafizi lahir rasa syukur cubaan culik PM gagal
Rafizi Ramli - Foto Sinar Harian oleh SHARIFUDDIN ABDUL RAHIM
SHAH ALAM - Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli hari ini melahirkan
kesyukuran ke atas kegagalan kumpulan militan IS menculik Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Menerusi posting terbaharu di Facebooknya hari ini, Rafizi turut memuji
tindakan anggota keselamatan yang bijak mematahkan rancangan kumpulan
terbabit.
"Syukurlah cubaan menculik Najib Razak telah digagalkan. Tahniah anggota keselamatan yang bertindak cemerlang!
"Saya pasti ramai yang sujud syukur dan menadah tangan memanjatkan kesyukuran," katanya menerusi posting itu.
Hari ini, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri (KDN) Datuk
Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan terdapat beberapa plot rancangan
serangan keganasan oleh kumpulan Daesh menculik pemimpin negara
termasuk perdana menteri.
Bagaimanapun, pasukan keselamatan negara telah berjaya mengekang dan menggagalkan rancangan serangan keganasan.
Beliau turut mendedahkan selain Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun
Razak, turut menjadi sasaran ialah beliau sendiri dan Menteri Pertahanan
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.


0 orang berkata:
Post a Comment