Kalau Najib, Hadi boleh sepentas, kenapa tidak kami?
Majlis
menandatangani Deklarasi Menuntut Penyingkiran Perdana Menteri, Datuk
Seri Najib Abdul Razak disusuli sidang media Tun Mahathir Mohamed di
Rumah Persatuan Alumni Universiti Malaya. - Foto Sinar Harian oleh
SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
SHAH ALAM - Bekas Timbalan Perdana, Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin
hari ini mempersoalkan 'cakap-cakap' sesetengah pemimpin Umno yang
menghentamnya dek kerana beliau 'bersama' pemimpin pembangkang pada
majlis Deklarasi Rakyat baru-baru ini.
Katanya, jika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak boleh duduk
sepentas dengan Presiden Pas, Datuk Seri Hadi Awang, mengapa pula bekas
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, beliau serta Datuk Seri
Mukhriz Mahathir tidak boleh duduk semeja dengan tokoh-tokoh pembangkang
lain.
"Mengapa perlu digunakan standard yang berbeza untuk kami berbanding Najib?.
"Pada hemat saya orang-orang di sekeliling Najib sebenarnya bimbang
akan kesan inisiatif Mahathir terhadap kedudukan ketua mereka sebagai
Perdana Menteri," katanya dalam satu kenyataan medianya hari ini.
Dakwa Muhyiddin, deklarasi itu bukan sahaja mendapat sokongan tokoh
daripada pelbagai latar belakang politik, malah turut disokong oleh
pelbagai lapisan rakyat yang mula menandatangani dokumen itu secara atas
talian.
"Saya percaya lebih ramai rakyat akan tampil menyatakan sokongan mereka terhadap Deklarasi Rakyat dalam masa terdekat.
"Sudah pasti perkembangan ini amat membimbangkan Najib dan orang-orang sekelilingnya," katanya.
Jumaat lalu, Muhyiddin bersama-sama pemimpin pembangkang duduk semeja
bagi memeterai deklarasi menyokong penyingkiran Najib sebagai Perdana
Menteri.
Majlis itu diketuai Mahathir yang mana berjaya mengumpulkan lebih 50
orang termasuk Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Menteri Besar Selangor,
Datuk Mohamed Azmin Ali daripada PKR; Datuk Mustafa Ali daripada Pas dan
ramai lagi pemimpin pembangkang lain.


0 orang berkata:
Post a Comment