Pas, Parti Ikatan Bangsa Malaysia akan kerjasama?
Mohd Khairuddin. - Foto Sinar Online oleh NIZAM ZAIN (Gambar Fail)
KUALA LUMPUR - Pas mungkin bekerjasama dengan beberapa parti politik bagi mewujudkan blok politik ketiga pembangkang.
Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali berkata, Parti
Ikatan Bangsa Malaysia merupakan antara parti yang dijangka bekerjasama
dengan parti tersebut.
Menurut Khairuddin, blok ketiga yang bakal diwujudkan membawa kelainan dari Pakatan Harapan dan Umno.
“Kita yakin ada lagi parti yang tidak bersedia untuk bersama Pakatan
Harapan dan Umno. Sebagai contoh, Parti Ikatan Bangsa Malaysia dan di
luar sana banyak lagi parti kecil di Sabah dan Sarawak. Di samping itu,
ada NGO (badan bukan kerajaan) yang tidak masuk parti seperti Kongres
Rakyat,” katanya.
Khairuddin berkata, Pas mengubah konsep bekerjasama dengan mana-mana pihak setelah terkuburnya PR.
“Sebenarnya perbincangan ke arah itu (bekerjasama) sudah lama
dijalankan Pas iaitu sejak parti itu tidak menganggotai Pakatan Harapan.
“Mereka (pihak-pihak yang akan bekerjasama dengan Pas) menunggu masa
untuk kita buat satu persefahaman dalam masa terdekat. Cuma saya tidak
boleh umum kena tunggu pengumumannya," katanya.


1 orang berkata:
Nasihat supaya berhati hati kau tu patut ditujukan pada pihak yang nak bekerjasama dengan pas..
Post a Comment