Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

RASANYA ELOKLAH PKR TARIK DIRI DARI RAKAN TAHALUF

Pakatan baharu: Keputusan Pas tidak diketahui PKR
Rafizi Ramli
Rafizi Ramli

SHAH ALAM - Keputusan Pas untuk membentuk satu pakatan baharu dengan sebuah parti politik dalam menghadapi PRU14 tidak dimaklumkan secara rasmi kepada PKR, selaku rakan tahaluf siyasinya.

Setiausaha Agungnya, Rafizi Ramli berkata, pihaknya akan menunggu Pas berbuat demikian atau menunggu pengumuman rasmi itu pada 16 Mac in untuk tindakan lanjut.

"Saya tidak dimaklumkan oleh Pas setakat in, jadi saya akan tunggu pengumuman 16 Mac ini. Kemudian kita akan bincang di peringkat KEADILAN terlebih dahulu," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau mengulas kenyataan Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan pada Khamis yang mengumumkan pihaknya akan membentuk pakatan baharu dengan sebuah parti politik bagi menghadapi PRU14 akan datang.

Takiyuddin bagaimanapun berkata blok pembangkang baharu itu tidak akan melibatkan Umno dan Pakatan Harapan dan perkara itu akan diumumkan pada 16 Mac ini.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.