Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

SATU TUDUHAN TERHADAP LIM KIT SIANG

Lim Kit Siang didakwa cuba hasut rakyat
Shahidan Kassim
Shahidan Kassim

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Shahidan Kassim mendakwa Penasihat DAP, Lim Kit Siang cuba menghasut rakyat apabila menuduh teks titah Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah disediakan perdana menteri dan kerajaan.

Menteri di Jabatan perdana menteri itu  menegaskan sebagai ahli Parlimen veteran, Kit Siang sepatutnya memahami Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua negara yang akan mendapatkan nasihat Perdana Menteri dalam pentadbiran.

Beliau berkata Kit Siang dilihat sengaja berpura-pura atau mahu menghasut rakyat supaya tidak mempercayai titah itu datang daripada Tuanku Abdul Halim sendiri.

“Jangan sebut siapa yang sediakan ucapan, yang penting Agong sudah sampaikan ucapan itu.

"Satu kenyataan kurang bijak di mana beliau memang mengetahui, tapi mengajak rakyat supaya tidak menerima ucapan itu datang daripada tuanku. Sifat raja sebagai pemerintah itu. Sifat mereka adalah mendapat nasihat daripada perdana menteri, kita kena tahu itu,” katanya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.