Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MENGHINA AGONG ?

Hasut: Gesa Kit Siang disiasat
Lim Kit Siang
Lim Kit Siang

KUALA LUMPUR - Enam laporan polis dibuat beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) semalam yang menggesa pihak berkuasa ambil tindakan terhadap Penasihat DAP, Lim Kit Siang kerana didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan dan menghina Yang di-Pertuan Agong dalam sebuah portal.

NGO berkenaan terdiri dari Pertubuhan Permuafakatan Majlis Ayahanda Malaysia (Permas), Pertubuhan Gabungan Bersatu Malaysia (PGBM), Angkatan Perpaduan Tanah Air (APTA), Kelab Sosial dan Rekreasi Bendahara Selangor Kuala Lumpur, Majlis Bendahara Malaysia, Majlis Anak Selangor Bersama (ASB) dan Penawar 30 1Malaysia Selangor.

Presiden Permas,  Datuk Abdul Halim Ali yang mewakili kesemua NGO itu berkata, mereka membuat laporan polis terhadap Kit Siang kerana kenyataan beliau dalam portal itu merupakan satu penghinaan yang melampau dan biadab terhadap pemerintah negara.

"Kami mengharapkan polis mengambil tindakan sekeras-kerasnya terhadap individu berkenaan. Kami sebagai rakyat Malaysia rasa cukup terhina perbuatan beliau dan satu bentuk penghinaan kepada Yang di-Pertuan Agong,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, semalam.


Menurut Abdul Halim, tindakan dilakukan Kit Siang jelas menjadi satu kesalahan di bawah Akta Hasutan 1948 iaitu cubaan untuk memperlekehkan Yang di-Pertuan Agong selaku Ketua Negara dan Raja Berperlembagaan.

Turut senada, Presiden PGBM, Fatos Anuar Othman yang menggesa polis menjalankan siasatan dan sekiranya didapati bersalah satu tindakan  keras wajar diambil bagi mengelakkan perkara seperti ini berulang di masa hadapan.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.