Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

SIAPA YANG WAJAR JADI PM MALAYSIA ?


Muhyiddin: Najib sudah tak wajar sebagai PM
Muhyiddin Yassin
Muhyiddin Yassin

SHAH ALAM - Tuduhan yang mengatakan Deklarasi Rakyat adalah agenda DAP untuk menghancurkan Umno merupakan satu tuduhan yang tidak benar,' kata bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin berkata, Deklarasi Rakyat bukan agenda mana-mana parti politik , kerana ia terbit daripada kesedaran individu daripada pelbagai latar belakang sosial dan politik yang sedar bahawa kedudukan Najib sebagai Perdana Menteri sudah tidak wajar lagi memandangkan beliau terpalit dengan pelbagai skandal kewangan yang menjejaskan keyakinan rakyat kepada beliau untuk memimpin Malaysia.

"Malah imej negara kita juga terjejas teruk di peringkat antarabangsa. Hakikatnya, Deklarasi Rakyat adalah perjuangan rakyat yang merentasi ideologi politik, kaum dan agama untuk menentang kemungkaran, menyelamatkan Malaysia dan menebus kembali maruah negara," katanya dalam satu kenyataan medianya hari ini.

Jumaat lepas, Mahathir mengetuai kumpulan lebih 50 orang termasuk Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali memeterai deklarasi menyokong penyingkiran Najib sebagai Perdana Menteri.

Antara lain, ia turut dihadiri Muhyiddin sendiri, bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan bekas presiden MCA, Tun Dr Ling Liong Sik.

2 orang berkata:

XUMNO said...

Deklarasi Rakyat bukan agenda Dap, tapi merupakan usaha dan idea Mahathir.Dap, Pkr dan Pan sebenarnya cuma tumpang semangkuk dengan harapan dapat political milage atas udaha Mahathir tersebut tanpa menyedari parti2 ini telah kena kencing oleh Mahathir! Dari kenyataan Mukhriz, Deklarasi tersebut bertujuan semata2 untuk mengokohkan balik umno dengan menyingkirkan Najib yang terpalit dengan banyak skandal, bukan untuk meruntuhkan umno/bn. Di sinilah PH terperangkap! Ia seolah2 Dap, Pkr dan Pan sama2 menyokong usaha menguatkan umno/bn, bertentangan dengan temberang mereka ingin menggantikan bn. Mereka menuduh Pas yang mahu membantu umno, namun episod ini menonjolkan siaoa sebenarnya yang mahu menguatkan kembali umno! Apabila tersedar diri telah ditipu hidup2 oleh Mahathir bermulalah mereka berkempen menuduh Mahathir memerlukan PH sebagai helah menyelamatkan diri di mata penyokong mereka.

Anonymous said...

Deklarasi rakyat. Apa hasil yg dapat? Najib letak jawatan ke?
Zaman Mahathir jadi PM, betapa besar dan hebatnya kebangkitan reformasi 1998, gugur ke PM ketika tu?
Jangan jadi bodohlah. Tunggu saja PRU14, dari sekarang perkemaskan strategi untuk menumbangkan BN.
Kalaulah Agong berkuasa memecat PM, PM baru pun akan dilantik dari kalangan BN (UMNO) juga. Ada ke Pembangkang nampak sesiapa yg layak sebagai pengganti dikalangan MP UMNO? ........ Hilang cerdik timbul bodoh.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.