Tiga maut kereta terjunam ke dalam gaung
BATU PAHAT - Tiga individu maut setelah kenderaan yang mereka naiki
dari jenis Perodua Alza terbabas dan kemudiannya terjunam ke dalam
gaung, berhampiran Jalan Kangkar Senangar, dekat Parit Sulong, awal pagi
tadi.
Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 5 pagi itu membabitkan empat
mangsa turut membabitkan dua wanita yang maut serta-merta di tempat
kejadian selain seorang daripadanya cedera.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Yong Peng, Kasim Ahmad
Hamin berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam berkaitan
kemalangan berkenaan pada jam 5.13 pagi.
Menurutnya, seramai enam anggota telah dikerah ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan itu.
"Mereka yang meninggal dunia dikenal pasti sebagai dua wanita berusia
lingkungan 30-an dan 50-an serta seorang lelaki berusia 30-an.
"Seorang lagi lelaki berusia 50-an dilaporkan cedera, dan kesemua
mereka kini dibawa ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) Batu Pahat
untuk proses bedah siasat," katanya.


0 orang berkata:
Post a Comment