Husam: 'Kerajaan negeri marah ko ambo'
Husam Musa
MACHANG - “Semua tok ngulu (penghulu) ambo (saya) tak dilantik sebab
kerajaan negeri marah ko ambo. Ambo mengkritik sebab nak betulkan parti
bukannya nak jatuhkan," kata Adun Salor, Datuk Husam Musa meluahkan
kekesalannya pada Dialog Rakyat di Kedai Pulai Chondong, malam kelmarin.
Husam berkata, tindakan tersebut menjejaskan perkhidmatan untuk rakyat
sekali gus menunjukkan sikap kerajaan negeri seolah-olah menghukumnya
yang dikatakan lantang mengkritik pentadbiran kerajaan sejak
kebelakangan ini.
Katanya, diskriminasi dan tekanan politik tersebut tidak sepatutnya
berlaku memandangkan penghulu merupakan pemimpin akar umbi yang mampu
menentukan jatuh bangun parti.
“Kita berjuang dalam parti biar ikhlas dan berlandaskan agama. Kalau
kerajaan buat salah, kita kena tegur tak boleh biarkan saja, tetapi
sebaliknya pula berlaku apabila teguran dibuat.
“Selagi boleh ditegur, kita kena tegur tetapi yang dah lepas tidak
perlu ditegur lagi. Apa yang saya tegur berlaku sekarang bukannya dah
lepas.
"Saya dimusuhi sejak hari pertama tidak dilantik sebagai Exco dan kini
permusuhan itu dilanjutkan kepada pihak lain yang tidak bersalah,”
katanya.
Husam berkaitan, jika Pas dan kerajaan negeri mengambil teguran
tersebut sambil lewa dan tidak menanganinya dengan bijak, Pas bakal
berdepan masalah pada pilihan raya umum akan datang.
Tegasnya, tidak mustahil Pas kalah pada pilihan raya akan datang, malah
kajian menunjukkan dalam suasana politik dan pentadbiran hari ini, Pas
akan kalah.


3 orang berkata:
Yg penting PAS xjd anjing dap macam kamu...
Abiz PAS jadi anjing umno, demo suko le
Abiz PAS jadi anjing umno, demo suko le
Post a Comment