KUALA TERENGGANU - Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan tidak sesekali berundur dan akan terus berjuang untuk Umno.

Perkara itu dijelaskan dalam sidang media selepas menghadiri pertemuan khas bersama kepimpinan Umno Terengganu, di sini, hari ini.

Menurutnya, cadangan supaya beliau 'berehat' bukan satu pilihan baginya.

"Bila ada cadangan untuk saya mengambil cuti, dalam erti kata lain berundur, saya tidak menganggap ianya adalah satu option (pilihan).

"Mengalah bukan pilihan dan saya ambil keputusan untuk terus bertugas sebagai Presiden Umno bersama-sama barisan kepimpinan yang ada," katanya.

[ ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda Umno desak Zahid letak jawatan? ]

Dalam perkembangan sama, Ahmad Zahid berkata, segala keputusan berkaitan status jawatannya diserahkan kepada Mesyuarat Jawatankuasa Umno.

"Mandat yang saya pegang ini biarlah saya laksanakan sehingga tamat penggal kerana pemilihan jawatan-jawatan dalam parti ditentukan oleh Perhimpunan Agong Umno.

"Biar mereka tentukan, bukan seseorang yang memegang jawatan dalam parti atau cadangan dan pandangan yang tidak mengikut perlembagaan dan peraturan parti," katanya.