Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

APA SEDANG BERLAKU DALAM PAKATAN HARAPAN ?

ADA APA RAHSIA YANG BERLAKU DISEBALIK TABIR ?

SEMACAM ADA MUSLIHAT POLITIK, TAPI KABUR !

ADAKAH KEKECIWAAN DR MAHADHIR SATU LAKUNAN ? ATAU ADAKAH NURUL IZZAH ADA RAHSIA DEMAND ?

SEMACAM ADA TEAM YANG MENGGERAKAN JENTERA DEMI CITA-CITA YANG MULA MENEMUI KEGAGALAN 

Izzah tak cukup matang komen negatif Dr M, kata setpol PM ?

Anggota Parlimen Permatang Pauh Nurul Izzah tidak sepatutnya mengeluarkan komen tidak baik terhadap Dr Mahadhir Mohamad,apatah lagi menerusi wawancara media Singapura ?

Dr M jawab Nurul Izzah: Saya pun kecewa dengan mereka


News  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini


   


Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad membalas kenyataan Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar yang menzahirkan rasa kecewa dengan prestasi kerajaan Pakatan Harapan (PH) dengan berkata, biarlah orang hendak kecewa kerana beliau juga merasai situasi yang sama.

“Takpalah banyak orang kecewa, saya pun kecewa dengan diorang (mereka),” kata Dr Mahathir yang dipetik portal Utusan Malaysia, hari ini selepas majlis amanat khas perdana menteri kepada penjawat awam Kedah di Wisma Darul Aman di Alor Setar.

Nurul Izzah dalam wawancaranya dengan akhbar Singapura, The Straits Times, meluahkan rasa kecewanya dengan kerajaan PH yang didakwa gagal menunaikan janji dan gagal menggerakkan agenda reformasi seperti sepatutnya.

“Perlu bekerja dengan bekas diktator yang telah menyebabkan pelbagai kerosakan, bukan sahaja dalam hidup (keluarga) kami bahkan kepada sistem (pemerintahan negara), ia bukan mudah.

“Saya betul-betul mahu (usaha) mengangkat agenda reformasi menjadi fokus utama kami,” kata anak sulung Presiden PKR Anwar Ibrahim itu dalam wawancara tersebut.

Malah, Nurul Izzah turut mengumumkan hasratnya untuk tidak lagi bertanding dalam pilihan raya selepas penggalnya sebagai ahli parlimen Permatang Pauh berakhir.

Beliau juga sebelum ini, membuat kejutan apabila meletakkan jawatan sebagai anggota Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) setelah tidak bersetuju dengan kenyataan Dr Mahathir yang mahu mengekalkan Ronald Kiandee sebagai pengerusi PAC.

Sementara itu, Bernama melaporkan Dr Mahathir menyifatkan tindakan anggota parlimen pembangkang yang meletak jawatan daripada PAC adalah 'hal sendiri'.

"Tak apa, nak letak (jawatan) letaklah, dia punya hal lah," jawabnya ringkas.

Beliau diminta mengulas tindakan semua Anggota Parlimen pembangkang yang menganggotai PAC hari ini meletak jawatan serta-merta sebagai membantah keputusan mengekalkan pengerusinya kepada wakil kerajaan.

Ketua Pembangkang Ismail Sabri Yaakob dilaporkan sebagai berkata notis peletakan jawatan kesemua anggota parlimen Barisan Nasional (BN) dan PAS yang menganggotai PAC akan dibuat segera.

17 orang berkata:

Anonymous said...

Hadi yg paling kecewa bertanding parlimen 158 tapi menang 18 kerusi jer, kempunan la ayatolollah hadi nak jadi PM. Kingmaker pun tidak, ketua pembangkang pun tidak. Jadi kupang tembaga.. harap org tabur dedak utk terus hidup. Ermm ntah laa.

Anonymous said...

Elok lantik ayohchik jadi pengerusi pac la bagus. Angan2 nak jadi penasihat agong pun tak tercapai. Nak ke agong terima nasihat dari taliban yg ekstrem tuu.

Anonymous said...

Nik beduh dah kantoi berbohong dan mmg sah dia kawan dgn cia kafir harbi. Tapi jenis muka tak malu masih nak bergayut dgn jawatan.

Anonymous said...

Engkorang...Melayu...dgn Melayu berani ! Dgn cha...tu Taaaakkuuuutttt.... Apaa punya bengong....

Anonymous said...

hadi memang bengong pun bang, dgn cha tu dia takuuuuuut

Anonymous said...

ph tengah goyang tu. ni la masanya utk hadi bawa usul undi tak percaya pada PM. haa... bila lagi nak menangguk di air keroh. cepat..cepatt. bila ph dah runtuh boleh la nobatkan hadi bawang jadi PM kahkahkah

Anonymous said...

nurul cakap benar, dia tak bohong mcm nik beduh. nik beduh cakap bohong dgn restu ulamak pembohong.

Anonymous said...

masa ni sangat sesuai utk ayatolollah hadi masuk cucuk jarum dgn skil adu domba dia. suruh dia pi cucuk PM, mesti PM goyang dan bubarkan PH kuikui kui

alaa suruh la hadi buat2 simpati pi jumpa PM, lepas tu mesti PM lantik dia jadi penasihat kerajaan. boleh la buat kerajaan campuran dgn bersatu pulak hahaha oops! lupa.. sebelum jumpa PM, sila gali segala hadis dan nas quran, alang2 nak adudomba biarla real, sulam2 la dgn ayat quran.. alaa mcm biasa laa. takkan tu pun nak kena ajar. alaa buat mcm surat terbuka masa dia bela najib dulu tu laa.

Anonymous said...

Nurul cakap BENAR....
Tun M..
Bekas DITAKTOR..
Perosak keluarga Abang Non..
Perosak negara..

Anonymous said...

Bagus jadi TALIBAN..
Dari jadi TALIBARUT KOMUNIS..
kan kan kan..

Anonymous said...

Azmin Ali berkata...
Nurul budak merengek..
Dah lama tak merengek rengek mengerang ngerang..
dap dap dap dap
Almaklum laa..
Mak Jan..
lama dah tak...
dap dap dap..
Kesian ooooo..
Tu pon Azmin Ali tak faham faham..

Anonymous said...

Haha nurul tu mak jan mcm mak hang laa suka merengek2.

Anonymous said...

Ekkleh..
En Mak Hang..

Anonymous said...

Hadi batu api

Anonymous said...

Bang Non batu ladong..

Anonymous said...

Cucuk sana cucuk sini..
Cucuk depan cucuk belakang..
Cucuk betina cucuk jantan..

Siapa Kaki CUCUK..

steve said...


الرائد تقدم خدمات تطهير و تعقيم خزانات المياه فى جدة و مكة لاننا :
افضل شركة تنظيف خزانات بجدة
و افضل شركة تنظيف خزانات بمكة

للمزيد قم بزيارة
افضل شركة تنظيف منازل

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.