Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

KENTUT BERHARGA RM 90 JUTA

PASAL KENTUT PAKATAN HARAPAN TERSUNGKUR

BILA KENTUT BERHARGA TINGGI, MAKA IA PERLU DISEMBUNYIKAN SEKALIPUN IA BERBAU KERAS DAN TAJAM.

YANG NUAR PALING MARAH IALAH CARA PENYELESAIAN LUAR MAHKAMAH DAN RM 1.4 JUTA DICANAG SEHINGGA BERBAU HAPRAK.

ISU ITU TIDAKLAH BERAPA SANGAT, TAPI YANG MEMBUATKAN HILANG KEPALA IALAH BOCORNYA UNDI TIDAK PERCAYA SEHINGGA MAJLIS PRESIDEN TERPAKSA MEMBERI SOKONGAN TERHADAP MAHADHIR MUHAMMAD KEKAL SEBAGAI PIEM.

PAS MEMANG TIDAK MAHU NUAR JADI PIEM, SEBAB TAKUT TUHAN BAGI BUMI MALAYSIA TERBALIK, KERANA FITRAH DIATAS HUKUMNYA MEMANG BEGITU.

SO SELAMATKAN MALAYSIA.

-Pak Karamu-

 Jika Anwar marah PAS ambillah wuduk - Subky

Subky Latif  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini
   
ULASAN | Entahlah! Habis-habisan dua hari sebelum PRK Semenyih semua tenaga, semua fikiran dan semua marahnya ditumpukan pada PAS, hingga seolah-oleh lepas ini tiada lagilah PAS.

Sedang PAS hendak menyelesaikan masalahnya dengan saman atas Sarawak Report. Meneruskan saman itu pada PAS, sekalipun harapan menangnya besar, untungnya tidak berbaloi. Baiklah tenaga, masa dan duit digunakan menghadapi ancaman dan bahaya kerajaan PH.

Kentut yang pemberian RM90 juta dikatakan dari Umno kepada PAS tidak banyak disebut dalam marah tetapi tumpuan marah itu adalah cara dan syarat penyelesaian di luar mahkamah itu.

Anwar Ibrahim pun bukanlah mudah menyelesaikan kesnya hingga dua kali penjara atas fitnah liwat terhadapnya. Macam-macam pembelaan dibuat mahkamah tidak juga memihak kepadanya. Belasan tahun membela diri membersihkan maruahnya tidak berhasil. Yang membebaskan dia bukan mahkamah tapi pengampunan diraja.

Demikianlah masalahnya dan susahnya dia dengan fitnah itu.

Tapi pada PAS atas cara yang PAS fikir baik tentang penyelesaian di luar mahkamah itu mengapa?

PAS tak mahu Anwar jadi PM

Yang dia marah itu agaknya pertama disebabkan PAS tidak mahu dia jadi perdana menteri sejak masih bersama Pakatan Rakyat dulu lagi dan sebelum Anwar dipenjara kali kedua dulu. Kedua hendak memastikan Semenyih tidak mengulangi tragedi PH di Cameron Highlands.

Tidak setuju politik PAS adalah pilihannya, tapi janganlah marah macam dia marah sekarang. Bukan dia saja tidak suka PAS, ramai lagi. Tapi jangan marah seperti sekarang ini. Marah itu bukan cara berfikir orang berbudi tinggi.

Dan tiada sesiapa boleh meredakan orang yang suka marah melainkan orang itu sendiri. Islam ajar, siapa marah, ambillah wuduk. Wuduk nescaya menurunkan digri (tahap) marah. Sama seperi nafsu berahi yang meruap, atasilah dengan puasa. Puasa menurunkan nafsu berahi, wuduk menurunkan api kemarahan.

Tiada apa yang kita dapat buat bila Anwar marah melainkan berdoa, dia sentiasa ambil wuduk bila naik darah.

Anwar itu memulakan perjuangan sejak pelajar hingga remaja, sebagai orang harakah, gerakan Islam. 
Dia seolah-olah orang PAS yang tidak jadi ahli. Kawannya semua orang PAS. Bila cukup umur nescaya jadi orang PASlah. PAS menyediakan parlimen Permatang Pauh yang diwakili PAS, Almarhum Haji Zabidi Ali adalah untuknya.

Hinggalah dia tahun 1982 dicuri Mahathir (Mohamad) jadi orang Umno. Saran Mahathir padanya, kira-kira kalau hendak jadi Perdana Menteri bukan melalui PAS tetapi melalui Umno. Mahathir buka seluas peluang kepadanya, rebutlah.

Tetapi yang jauh pandangan politiknya DAP dan Kit Siang. Selepas 40 tahun berpolitik peluang Anwar jadi perdana menteri ialah melalui politik DAP.

Saya tidak menentang Anwar jadi perdana menteri. Kerana parti saya PAS tidak mahu dia jadi perdana menteri, sebagai ahli parti saya mesti setuju dengan parti saya. Kalau saya tidak setuju dengan PAS, maka saya masuk DAP. Jika dia jadi perdana menteri nanti tentu saya rapat dengannya.

Tapi saya hilang PAS.

PAS bukan sekadar tidak setuju dia, malah jumpa pula PM Mahathir minta jangan undur sebelum PRU15. Sudahlah tidak mahu dia jadi perdana menteri, minta pula Mahathir jangan berhenti.

Maka amat marahlah orang yang suka marah. BN di Semenyih menang atas sokongan PAS, masa depan PH terancam. Jadi PM melalui kemahuan DAP pun boleh melepas. Dengan marah, PAS mesti diganyang.


SUBKY LATIF ialah bekas wartawan kanan dan veteran PAS. Artikel ini asalnya diterbitkan Harakahdaily hari ini dengan judul "Apa yang Anwar marah sangat PAS?"
Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.

41 orang berkata:

Anonymous said...

Kalau Bodoh Belajar lah

Jangan jadi sombong bodoh

Malu pada kafir

Anonymous said...

Oo isu 1.4j tu kecik rupanya. Kalau hal kecik awat lebai jawap pusing2. Ngaku jer la bayar. Malu apa bayar tepi 1.4j lebai kuuu.

Anonymous said...

Tak malu pun kat kafir, siap belanja kafir lagi 1.4j, padahal mahkamah tak suruh bayar pun.

Anonymous said...

...sebab tu allah tak redha pas menang pru walaupun pas bertanding paling byk kerusi parlimen. Kalau ulamak pembohong jadi PM, kita takut Allah terbalikkan bumi malaysia. So, biarlah pas terus jadi pembangkang dan biarlah tun m terus jadi PM malaysia memimpin kerajaan PH. Amiin.

Anonymous said...

Bodo la nuar ni, biar la ayohchik nak belanja claire tu 1.4j. Nuar ni cemburu la tuu. Mudah2an clare terima hidayah, boleh jadi bini baru ayohchik.

Anonymous said...

Bukan boleh percaya tulisan tu. Bohong punya la. Tak bohong tu bukan ahli parti ehem ehem ler

Anonymous said...

Cerita bohong nak baca pun malas. Lagi panjang lagi banyak bohong

Anonymous said...

Macam cerita doraemon. Banyak bohong tipu budak2 tadika. Heee33

Anonymous said...

Hebat cerita kelakar tu pak karam. Kalah cerita kartun spongbob dgn mr Crab. Kalu buat kartun kat tv laku turr. Kih33

Anonymous said...

Kenapa malu nak mengaku bagi betina kafir harbi tu 1.4 juta. Tu kan sedekah. Mana la tau dengan kebaikan hati org yg bagi sedekah tu, tetiba clare masuk islam. Betul tak pakaramu?

Anonymous said...

Power ranger kalah bertarung dgn ninja turtle. Lepas tu berenti sekerat jalan. Lepas tu power ranger naik motor besor bagi duit kat ninja turtle. Ninja turtle balik kampung minum todi 5 botol. Power ranger bengang la kena main dengan ninja turtle. Kuasa abu power ranger tak jalan kat ninja turtle. Power ranger last2 cium tapak kaki ninja turtle.

Anonymous said...

Anwar baru kentut je semua lebai dah kelam kabut cari perlindungan. Kah33

Anonymous said...

Anwar baru keluar kentut sikit jer habis semua datuk unta, nenek unta, datuk keldai, bapak keldai, anak unta, cucu keldai, cicit keldai, piut unta semua lari lintang pukang tak boleh nak tahan. Heh33

Anonymous said...

Bohonglah. Cerita tipu tu.

Anonymous said...

Tipuuuuuu

Anonymous said...

Pungkok berulat..
Kentut melantong kohong....
Jangan kata orang...
Jin pon cabut lintang pukang...

Anonymous said...

Belajor membohong buat apa dol! Bukan ada pekdah kalu pandai membohong. Buat malu anak buah aje

Anonymous said...

Jin raja pembohong cabut lintang pukang

Anonymous said...

Tak sangka. Pakai serban dan jubah ikut sunah nabi tapi kuat betul membohongnya.

Anonymous said...

Jin pun ada yg tumbuh janggut menyamar jadi manusia tipu orang. Tu yg anwar kentut habis lintang pukang cabut lari tu.

Anonymous said...

Sungai kelantan makin mengering kerana musim kemarau. Kan bagus kalau ratusan ribu ahli pas berdoa, bermunajat dan solat hajat mintak hujan turun supaya air sungai kelantan tak kering. Kalau kering nanti tambah parah masalah air yang memang dah parah tu. Mintak ratus ribu ahli pas tu solat hajat hari2 yer. Kih33

Anonymous said...

Saya nampak macam eddy be wok. Tapi belum tentu itu eddy be wok. Kahakkk Ptuiii

Anonymous said...

Mintak restu kat sapa pulook turr?

Anonymous said...

alaa kalau sorok cerita sakau 90juta tu logik la jugak. ini bayar 1.4juta pun nak sorok ke? cakap jer la pada jemaah abis cerita. yg sorok sangat tu kenapa? ada apa2 ke?

Anonymous said...

Ya atau tak hadi bayar clare? Yes or no? Adoi laa.. susahnya nak jawap. Kasi jawapan bohong pun ok, dpt pahala jugak.

Anonymous said...

Bayar clare guna duit rameli atau duit walaunta?

Anonymous said...

Ayohchik diam jer? Sprm dah panggil ke? Relax.. jawaplah dgn hati yg tenang dan lidah yg lancar. Jgn lupa berwuduk sebelum ke pejabat sprm.

Anonymous said...

Pak karam, betul ke lebai dpt 90juta melalui rameli? Ke pak karam tak tau?

Anonymous said...

Rameli tu ahli pas ek? Ke ahli umno?

Anonymous said...

Boddo la clare ni. Dah dpt 1.4j dari ayohchik tu diam2 dah la. Apasal nak kecoh mengaku bagai. Mmg jenis tino kapiaq. Lidah belit2 mcm ulaq. Eh! Silap.. yg lidah belit2 tu ayohchik hehe maafkan saya pak karam.

Anonymous said...

Tentera2 dap dan macai2 mereka,,,korang dah betul syok sendiri dgn fitnah korang yg dah tak laku tu. Org melayu islam dah kembali kepada umno dan pas dgn mendadak hasil fitnah korang juge. Sblm pru 14, fitnah korang berjaya menumbangkan umno,,tp kali ini, fitnah korang telah menumbangkan ph di dua prk berturut2.

Anonymous said...

tahniah pak karam, umno dan pas akhirnya selamat diijabkabulkan. amin. elok kalau tukar nama demi perpaduan melayu islam.. namakan Barisan Assobiyah Malaysia. aminn.

pak karam ok ke umno dan pas bergabung? dulu kemain meloncat tak suka. jgn la lawan ulamak.. terima jer lah.

Anonymous said...

kalau umno dan pas bergabung sebelum pru haritu, ntah2 ayohchik dah jadi PM. tu laa dulu jual mahal sangat.

Anonymous said...

pak karam, tadi rameli pi serah dokumen pada sprm utk disiasat. harap2 ayohchik tak disabit bersalah laa dgn bayaran 1.4j tu. kecoh jer dorang ni, kan? tu duit hasil tabung kita, lantak kita la nak belanja sapa pun.. kan?

Anonymous said...

Tungguuuuu ....
Ada maklumat terkini...
Sumber dari SR..
Bernilai hampir 1 billions..
Melibatkan pemimpin kana pas..
Kali niii.. betul betul..
mampos pas...
Tunggu....

Anonymous said...

karamu, umno dan pas dah sah kawin! aku jalan dulu laa.. hang macamana? nak tunggu lagi ka?

Anonymous said...

kesian.. sia-sia jer org kampung memali dan brahim libya dulu mati sebab lawan umno. tup2 harini pas kawin dgn umno.

Anonymous said...

apasal ayohchik tak join umno dan pas bincang nak kawin tadi? ayohchik tak sokong ke? ke ayohchik dok pening pasang 1.4j?

Anonymous said...

Unjuran kadar kenaikkan ekspot negara untuk tahun ini telah diturunkan kepada 4% sahaja.

Ini satu kejatuhan besar berbanding kadar 6.7% tahun lepas dan kadar kanaikkan 18.9% untuk tahun 2017 di bawah kerajaan BN.

Bagaimanapun, kadar pertumbuhan eksport untuk bulan Januari 2019 yang baru diumumkan oleh kerajaan semalam hanya 3.1%, iaitu di bawah unjuran tahunan 4%.
Kerajaan ph ni,,,pandai buat fitnah saja. Perintah negara bahlol,,ada menteri lgbt, menteri stoking dan kasut hitam, menteri buluh, menteri linggit tak kenai titik perpuluhan, menteri telue ayam turun 2 sen, banyak lah menteri2 bodoh dlm ph. Bagus jugak,,selama ni aku dok sangka geng ph ni bijak,,sokong la aku,,rupanya2 bangang2 belaka.

Anonymous said...

Berita yg sangat2 ditunggu oleh umat islam malaysia, khasnya org2 melayu. Hari ini, sejarah telah berlaku,,pas masuk bangunan umno utk bermusyawarah berkaita kerjasama dan halatuju seterusnya hingga ke pru15. Alhamdulillah,,,,ukhuwwah islam bertaut rapat, dan sukar digugat lagi. Namun, tali barut setan dan org yg mengaku dlm perbicaraan, beliau memfitnah tski 96 muka surat utk memaksa tski letak jawatan,,,setan ini cuba nasihat umno ( itu taktik nak timbulkan permusuhan ) agar berhati2 dgn pas. Kah kah...hang tu setan,,baik hang berhati2 dgn rakan kongsi hang kafir dap laknatullah. Fap ini penyamun dan perompak.

smart group said...

شركة تصميم مواقع
تصميم مواقع
شركة تصميم مواقع بالرياض
شركة تصميم مواقع بالسعودية
شركة اشهار مواقع بالسعودية
شركة اشهار مواقع
سيو
هوست
حجز دومين
حجز هوست
استضافة مواقع سعودية
ارخص استضافة مواقع
عروض استضافة مواقع
عروض تسويق الكترونى
حملات بالنقرة
عروض استضافة مواقع
حملات مدفوعة
حملات سوشيال ميديا
حملات جوجل ادوردز
حملات سوشيال ميديا
حملات تسويقية
خدمات كتابة المحتوى

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.