Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

ADA CIRI-CIRI DIA DIPERANGKAP

PKR gesa JAIP siasat Dr Badrulamin dengan telus dan profesional

February 26, 2012



KUALA LUMPUR, 26 Feb - PKR menggesa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) menjalankan siasatan secara telus dan profesional ke atas anggota majlis tertinggi parti itu  Dr Badrulamin Bahron yang ditangkap “khalwat.”

Dalam satu kenyataan, Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata pihaknya sedia maklum bahawa Badrulamin diminta JAIP membantu siasatan berhubung insiden itu yang berlaku di sebuah hotel di Kuantan semalam.


Dr. Badrulamin Bahron menjelaskan bahawa beliau hanya membantu seorang kenalan wanita yang mendakwa menjadi mangsa keganasan rumahtangga apabila ditahan pegawai agama. — Gambar fail
“PKR mengambil maklum bahawa Dr Badrulamin Bahron diminta JAIP untuk membantu siasatan berikutan satu insiden di Kuantan pada 25 Februari 2012.

“Justeru PKR menuntut agar JAIP dan pihak berkuasa membuat siasatan secara telus dan profesional,” katanya.

Tambah beliau, PKR akan terus memelihara prinsip keadilan bagi semua yang terlibat.

Badrulamin dalam kenyataannya telah menafikan tuduhan beliau ditangkap khalwat sebaliknya mendakwa menjadi mangsa “perangkap dan berniat memalukannya.”

Pemimpin PKR Selangor inimenjelaskan beliau hanya membantu seorang kenalan wanita yang mendakwa menjadi mangsa keganasan rumahtangga pada masa itu apabila pegawai agama tiba untuk menahannya.

Badrulamin menjelaskan wanita itu terlebih dahulu menghubunginya pada Jumaat lalu, mengatakan dia mahu lari daripada rumah kerana “bimbang akan keselamatannya.”

Beliau berkata telah menasihatkan wanita itu tetapi wanita itu dan anaknya kemudian tiba secara tiba-tiba pada pukul 2 pagi, di lokasi di mana beliau menghadiri mesyuarat PKR selama dua hari.

Kata beliau, melihat keadaan wanita itu dan anaknya pada masa itu, beliau memutuskan menempah bilik hotel untuk mereka.

Tetapi pada 2.30 pagi, beliau berkata, suami wanita itu tiba dengan ditemani 20 individu tidak dikenali “mengepung dan menyerang” beliau. Suami wanita itu kemudian “secara paksa” mengheret wanita itu dan anaknya keluar.

“Lelaki yang berkelakuan seperti samseng itu hanya berhenti memukul saya selepas pihak berkuasa tiba dan menghalang mereka,” katanya.

Bagaimanapun, Badrulamin tetap tidak dibenarkan meninggalkan bilik itu.
Kira-kira 20 minit kemudian, pegawai JAIP tiba untuk menahannya, kata beliau.
Badrulamin dipanggil membantu siasatan JAIP pada 27 Februari ini.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.