Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

SEKAT PILIHANRAYA NI JANGAN MACAM-MACAM

Khamis, 1 Mac 2012

Tim Presiden Bukan Islam : Dewan Ulama Pas Jawab Kenyataan Dr Dzulkefly Ahmad

SHAH ALAM – Pas tetap mengutamakan mereka beragama Islam memegang jawatan tertinggi dalam parti dan keputusan melantik bukan Islam sebagai timbalan presiden atau setiausaha agungnya mustahil dilaksanakan.

Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib berkata, melantik bukan Islam mengisi jawatan itu memerlukan pindaan perlembagaan dan persetujuan sepenuhnya daripada muktamar.


“Jika (Ahli Jawatankuasa Pas Pusat) Dr Dzulkefly Ahmad mengesyorkan untuk membuka pintu membolehkan bukan Islam dilantik ke jawatan timbalan presiden, saya rasa itu hanya pandangan peribadinya dan tiada kaitan dengan dasar parti. Ia bukan keputusan Pas.


“Pas tidak pernah berbincang mengenainya. Ia bukan perkara mudah kerana memerlukan suara majoriti dan mereka perlu bersetuju serta menerima keputusan untuk membuka jawatan itu kepada bukan Islam,” katanya.


Katanya, orang bukan Islam perlu memeluk Islam dan menjadi ahli Pas sebelum boleh diberi jawatan.


Sementara itu, Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata, kenyataan Ahli Parlimen Kuala Selangor itu hanya sekadar teori dan sukar dilaksanakan pada masa sekarang.


“Saya kira Pas patut kekalkan sahaja apa yang ada sekarang,” katanya.


Menurutnya, kekangan daripada perlembagaan menyebabkan Pas tidak boleh menerima bukan Islam memegang jawatan tertinggi parti berkenaan, tetapi tidak boleh meramalkan apa yang boleh berlaku pada masa hadapan.


“Kalau tanya saya sekarang, ia tidak boleh. Jika bukan Islam berminat dengan Pas, mereka disyorkan menganggotai Dewan Himpunan Penyokong Pas, tetapi tetap tidak boleh memegang jawatan timbalan presiden,” katanya.


Ditanya sama ada beliau akan meminta penjelasan daripada Dzulkefly mengenai perkara itu, beliau akan berbuat demikian jika berjumpa dengannya.


Dr Dzulkefly membuat kenyataan itu dalam Wacana Sinar Harian bertajuk ‘Mengapa Undi Melayu Pecah?’ kelmarin.SH

1 orang berkata:

Anonymous said...

Saya sokong kenyataan pak(bukan sekat...tapi dekat... kan) mengapa dah dekat pilihanraya makin bukan-bukan pulak kerenah diaorang ni...ingat diaorang sendiri saja boleh menang undi ke...tolong hargai kerja orang bawahan ni....ada masalah tolong selesai cara Islam...jangan ikut cara orang sebelah sana nu...boikot, fitnah, tikam belakang, bakar kelambu, bakar jembatan....apa punya pemimpin Islam macam ni...apa beza dengan umno...tolonglah jangan buat kerenah...bukan senang nak cover balik benda-benda macam ni...orang bawah n bloger juga yang kena kerja macam keledai...kerja gila-gila...tapi untunglah diaorang iklas, kalau mintak bayaran...berapa belanja kena keluar...tolonglah pemimpin kat atas tu...jangan pentingkan diri...utamakan jamaah....

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.