Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Selasa, 28 Februari 2012

Video : Umno menipu sebagaimana Hasan Ali Berbohong




KUALA TERENGGANU – Umno Terengganu menipu seluruh rakyat Terengganu dengan menganjurkan dua program, Himpunan Sejuta Umat dan Bersatulah Ummah Untuk Selamatkan Aqidah, sekaligus memberi ruang kepada bekas Pesuruhjaya PAS Selangor yang dipecat, Dato’ Dr Hassan Ali berbohong.

Menurut Pesuruhjaya PAS, Haji Mohd Abdul Wahid Endut, Himpunan Sejuta Umat (Himpun) di Stadium Negeri Kuala Terengganu pada Sabtu 25 Februari sebenarnya bukanlah anjuran badan-badan NGO tetapi ia dianjurkan oleh beberapa Jawatankuasa Umno Bahagian Kuala Terengganu, Kuala Nerus dan Marang.

Bahkan kata Haji Wahid, ia begitu jelas dengan kehadiran ramai pemimpin kanan Umno Terengganu termasuk Pengerusi Perhubungan Umno, Dato’ Seri Ahmad Said.


Hassan Ali pula dalam Himpunan itu telah berbohong dengan mendakwa PAS menyekat ahli dan penyokongnya menyertai program Himpun di Terengganu yang menjadi punca penyertaan orang ramai kurang memuaskan.
“Saya menafikan yang kita (PAS) ada sekat atau arah ahli PAS supaya tidak menyertai program atau majlis Dr Hasan Ali. Kita tidak pernah buat kenyataan arah orang, sekat orang atau suruh.

“Siapa dia (Hasan) yang nak minta setiap ahli PAS datang ke program dia. Dia bukan lagi ahli dan pimpinan PAS. Itu terpulang kepada ahli dan penyokong PAS sendiri,” tegas haji Wahid yang juga Anggota Jawatankuasa PAS Pusat.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Pertandingan Bowling Tertutup anjuran Nisa’ negeri Terengganu di Terengganu Equestrian Resort (TER) Kuala Ibai, dekat sini, 25 Februari lalu.

Umno sekali lagi menipu rakyat Terengganu apabila menganjurkan program Bersatulah Ummah Untuk Selamatkan Aqidah yang diadakan di Padang Astaka Chukai Kemaman pada hari yang sama.

Menurut Penolong Setiausaha PAS Terengganu, Haji Hanafiah Mat program tersebut adalah anjuran Umno Bahagian Kemaman, bukannya anjuran Badan-badan NGO Daerah Kemaman.

Ceramah Hassan ali bukan Pekida (NGO) yang anjur tetapi Umno Bahagian (Kemaman), dia orang kata Pekida, yang buat (adalah) Man Eon dan Rosli Pendek, Setiausaha Bahagian (Kemaman), bukan orang Pekida,”ujarnya Hj Hanafiah sambil menunjukkan pesanan ringkas yang diterimanya dari orang dalaman Umno.

Haji Hanafiah berkata deikian ketika ditemui selepas Majlis Bersama Mahasiswa yang dianjurkan oleh NGO Waris di Dusun Nyior Chukai pada malam 25 Februari.

Manakala Hassan Ali terus membohongi orang ramai dengan mendakwa beliau dipecat dari PAS kerana mahu memperjuangkan Islam dan tidak bersekongkol dengan teman-teman ‘parasit’ dalam PAS yang redha bekerjasama dengan DAP, yang menurutnya tidak mahu kepada Islam.

Tinjauan Skuad Buletinonline pada program tersebut, mendapati hanya kira-kira 5,000 orang yang hadir, walaupun Umno Bahagian Kemaman menyedikan berpuluh-puluh buah bas untuk mengangkut ahli-ahlinya.

Ia terlalu ‘meleset’ sebagaimana sasaran kehadiran yang diwar-warkan seramai 30,000 orang.

Manakala kehadiran dalam Himpunan di Kuala Terengganu tidaklebih dari 4,000 orang sahaja, walaupun Umno telah mengarahkan seluruh Jabatan dan agensi kerajaan termasuk Jabatan Pendidikan yang mengerahkan kakitangannya supaya hadir.BO

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.