Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

SAJA DIBESAR-BESARKAN


Kemelut di Kedah bukan ‘isu besar’, kata Harun Taib

February 27, 2012
KUALA LUMPUR, 27 Feb — Dewan Ulama PAS percaya kemelut kepimpinan yang melanda pentadbiran Datuk Seri Azizan Abdul Razak bukan isu besar, menegaskan tiada pergeseran dalaman yang berlaku.

Jelas Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Harun Taib, kemelut itu mungkin berlaku disebabkan pengaruh pihak luar yang cuba merosakkan hubungan antara pemimpin parti itu.
“Tidak...tidak... Ia bukan isu besar, saya percaya tiada pergeseran dalaman yang berlaku.

“Insya-Allah, perkara ini akan diselesaikan segera,” katanya kepada The Malaysian Insider.
PAS Kedah berdepan kemelut pelantikan semula barisan exco kerajaan negeri bagi sesi 2012 yang akan mengangkat sumpah esok di Istana Anak Bukit, Alor Setar.

Sebelum ini wujud khabar angin dua exco Kedah menghantar surat kepada Azizan (gambar) bagi menyatakan keengganan dilantik semula ke jawatan itu.

Dua exco yang disebut-sebut berbuat demikian ialah Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Jawatankuasa Kerja Raya, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga, Datuk Phahrolrazi Zawawi yang merupakan Timbalan Pesuruhjaya I PAS Kedah, dan Pengerusi Kesihatan, Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO), Pembangunan Insan, Sains dan Inovasi, Teknologi Maklumat dan Komunikasi negeri, Datuk Dr Ismail Salleh yang merupakan Timbalan Pesuruhjaya II PAS Kedah.   

Mereka dipercayai berbuat demikian kerana kecewa dengan sikap serta kepemimpinan Azizan yang juga Pesuruhjaya PAS negeri, berhubung pelbagai isu yang melanda pentadbirannya sejak kebelakangan ini.

Semalam Azizan berkata hanya lapan anggota exco kerajaan negeri bagi sesi 2012 akan mengangkat sumpah berbanding 10 sebelum ini.

Beliau berkata, lapan individu itu bukan muka baru.Tambah Harun, barisan kepimpinan PAS Kedah sewajar bekerjasama, saling mempercayai dan tidak mementingkan diri sendiri.

Jelas beliau, jika berlaku masalah cara terbaik adalah mengadakan perbincangan untuk mencari jalan penyelesaian.

“Saya harap mereka dapat saling bersama, kuat serta tenang untuk memikul tugas yang diberikan terutamanya untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13.
“Selesaikan segera apa yang berlaku dan fokus pilihan raya umum akan datang,” katanya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.