Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
 
PSM: UMNO penghalang utama demokrasi Malaysia
 
Choo Chon Kai | Feb 27, 2012 01:40:27 pm

Kongsi |
Parti Sosialis Malaysia Cawangan Bayan Baru mengecam tindakan samseng-samseng UMNO yang menyerang secara ganas dan menimbulkan kekecohan di Himpunan Hijau di Dataran Pidato, Padang Kota Lama Pulau Pinang, pada 26 Februari 2012.

Keganasan samseng-samseng UMNO tersebut telah mencederakan dua orang wartawan.  Peserta-peserta perhimpunan tersebut telah diserang dan keselamatan mereka diancam oleh samseng-samseng yang mengganas itu.  Tindakan samseng-samseng UMNO hanya sekali lagi mendedahkan sifat fasis UMNO yang sanggup menimbulkan ketegangan dan kekacauan demi mempertahankan kepentingan golongan pemerintah yang gila kuasa dan korup.

Samseng-samseng UMNO yang sama telah beberapa kali mengganggu perhimpunan aman atau aktiviti-aktiviti yang diadakan oleh kumpulan-kumpulan masyarakat yang pro-demokrasi di Pulau Pinang, termasuklah perhimpunan anti-ISA, aktiviti kebebasan akademik dan sebagainya.  Keganasan berbentuk fasis sebegini hanya membuktikan bahawa UMNO adalah panghalang utama dalam perkembangan demokrasi di bumi Malaysia.  Salah satu cara untuk rakyat Malaysia menolak politik fasis UMNO adalah menolak UMNO-BN dalam Pilihanraya Umum ke-13.

PSM Cawangan Bayan Baru juga amat kecewa sekali dengan kenyataan yang tidak bertanggungjawab oleh Ketua Polis Negeri Pulau Pinang yang menyalahkan penganjur Himpunan Hijau.  Pihak polis sepatutnya bertindak segera menahan samseng-samseng UMNO yang menimbulkan kekecohan dan melakukan penyiasatan demi menghalang samseng-samseng tersebut daripada terus mengganas.  Sekiranya pihak polis berlengah-lengah dalam mengambil tindakan ke atas samseng-samseng UMNO, maka akan dianggap oleh orang ramai bahawa pihak polis bersubahat dengan unsur-unsur fasis.

Himpunan Hijau di Pulau Pinang merupakan salah satu perhimpunan solidariti di seluruh negara demi menyuarakan sokongan kepada Himpunan Hijau 2.0 yang diadakan di Kuantan pada hari yang sama.  PSM menyokong sepenuhnya Himpunan Hijau 2.0 dan membantah segala projek yang memudaratkan alam sekitar.

Asalkan Bukan UMNO!

*Kenyataan media oleh Choo Chon Kai (gambar kanan) selaku Pengerusi PSM Bayan Baru.

0 orang berkata:

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.