Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

FITNAH KANTOIKAN DAKWAAN

Selasa, 28 Februari 2012

Panas !!! Pengakuan Wanita Yang Didakwa Ditangkap Khalwat Dengan Dr Badrulamin

ROMPIN 28 Feb: Wanita yang didakwa terbabit dalam kes khalwat dengan Pengarah Penerangan kerajaan negeri Selangor, Dr Badrulamin Bahron memfailkan tuntutan cerai terhadap suaminya di Mahkamah Rendah Syariah Rompin, semalam.
Menurut akhbar Sinar Harian, hari ini, wanita itu juga membuat penafian bahawa beliau berkhalwat dengan pemimpin KEADILAN berkenaan dan tidak berada dalam bilik yang sama.“Fitnah! Saya tidak berkhalwat. Saya tidak lakukan perbuatan itu!
“Saya tidak berada dalam satu bilik dengan ustaz (Badrulamin).Orang fitnah saya berniat jahat. Tidak bertanggungjawab!” katanya dipetik akhbar itu oleh Malaysiakini.Semalam, wanita berusia 28 tahun itu dari Kolej Komuniti Rompin hadir di mahkamah bagi sebutan kesnya di hadapan Hakim Syarie, Abu Kassim Pilus.
Katanya, kerana tindakan khianat itu, Badrulamin bukan sahaja dikurung, malah dibelasah di biliknya oleh pihak yang mahu memerangkapnya.“Saya pergi menemui ustaz Badrulamin atas tujuan mahu melarikan diri daripada suami, bersama anak saya yang berusia dua tahun. Saya bimbang keselamatan kami terancam.
“Saya sudah puas berusaha dan tidak mampu lagi menanggung segala bebanan ini,” rintihnya kepada Sinar Harian.Sabtu lalu, media arus perdana milik BN, termasuk agensi Bernama melaporkan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) menangkap seorang pemimpin KEADILAN kerana disyaki berkhalwat dengan seorang wanita berstatus isteri orang di sebuah hotel di Balok di Kuantan.

Badrulamin kebetulan berada di Kuantan untuk temurapat atau permukiman KEADILAN pada hujung minggu lalu.Menurut wanita itu lagi, beliau memang kenal rapat dengan Badrulamin dan isterinya, Zumrah Husni, sejak beliau mengikuti rombongan umrah yang dikendalikan pemimpin itu pada 1 Mei tahun lalu dan mereka sering berhubung antara satu sama lain.
“Ustaz pun ada datang ke sini (Rompin) dan saya juga mengenali rapat isteri beliau. Malah isterinya juga menasihatkan saya supaya bersabar menghadapi kes fitnah ini.“Saya juga kesal dengan sikap segelintir masyarakat yang menuding jari tanpa beri kami peluang untuk bela diri, sedangkan kes ini belum diputuskan di mahkamah,” katanya.
Menurut wanita itu, beliau nekad mengemukakan tuntutan cerai kerana kemelut rumah tangganya  gagal diselesaikan di sebalik pelbagai usaha.“Itulah jalan penyelesaian terbaik bagi memastikan keselamatan dan masa depan saya serta anak terbela,” katanya.
Sebelum ini, Badrulamin juga menafikan dakwaan khalwat itu dan berkata beliau khuatir kes itu akan dijadikan permainan politik kotor oleh Umno.SH

0 orang berkata:

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.