Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MORAL POLITIK RENDAH


rolrazi: ‘Hubungan saya dengan MB Kedah kritikal’

TERKINI @ 01:03:54 PM 29-02-2012

February 29, 2012
KUALA LUMPUR, 29 Feb - Datuk Phahrolrazi Nawawi menegaskan beliau sendiri membuat keputusan untuk tidak menyambung tugasnya sebagai exco kerajaan negeri Kedah menambah hubungan dengan Datuk Seri Azizan Abdul Razak sudah mencapai tahap kritikal.


Dalam laporan Utusan Malaysia hari ini, Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Kedah berkata, beliau enggan dilantik semula sebagai exco kerana mempunyai perbezaan pendapat dengan Menteri Besar itu berhubung soal pentadbiran kerajaan negeri.


Beliau menambah tindakan untuk tidak menyambung tugas itu tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak seperti yang dikaitkan sebelum ini iaitu Anwarism atau Erdogan untuk mendesak Azizan melepaskan jawatannya dalam kerajaan.


"Hal berkaitan khilaf atau berbeza pendapat tidak boleh dielak dalam mana-mana kepimpinan organisasi. Kadangkala dalam 10 perkara mungkin empat lima perkara tidak sependapat, tidak apa lagi tetapi kalau enam tujuh perkara tidak sependapat tidak wajarlah kita duduk dalam organisasi ini.


"Kenapa sekarang? Saya melihat tahun pertama PAS Kedah mula mentadbir parti masih terumbang-ambing lagipun tentulah tidak banyak keputusan kita buat, tetapi sekarang banyak perkara dan keputusan dibuat," katanya.


Semalam lapan anggota exco kerajaan negeri mengangkat sumpah jawatan di Istana Anak Bukit, Alor Setar.


Phahrolrazi antara dua exco sedia ada yang tidak termasuk dalam senarai mengangkat sumpah termasuk Datuk Dr Ismail Salleh.


Menurut akhbar rasmi Umno itu, Phahrolrazi mengakui sudah lama 'tidak sebulu' dengan Azizan berkata, ia melibatkan hal berkaitan pentadbiran kerajaan negeri yang meliputi isu kecekapan dan dalam perkara membuat sesuatu keputusan.


Menyentuh kemungkinan beliau akan menerima semula tawaran sekiranya dilantik sebagai exco, Phahrolrazi memberitahu, beliau sedia berbuat demikian, namun dengan beberapa syarat.


"Saya tidak boleh dedahkan syarat itu, biar ia jadi rahsia dulu," katanya.


Phahrolrazi juga mengakui bahawa Dr Ismail sependapat dengan beliau dalam soal pentadbiran kerajaan negeri.


"Selepas empat tahun mentadbir kita boleh menilai keberkesanan kerajaan negeri, jadi saya memilih untuk tidak lagi bersama barisan kepimpinan negeri," katanya.


Ditanya mengenai dakwaan beliau bercita-cita mahu menjadi menteri besar, Phahrolrazi berkata, perkara tersebut tidak benar kerana beliau sepatutnya perlu terus berada dalam kerajaan negeri jika mahu memegang jawatan itu.

2 orang berkata:

Suahati said...

inilah politik....ia amat berbeza dgn Islam atau perjuangan nabi Muhammad saw dalam menegakkan Agama Allah. Dalam polotik, semua pertubuhan sama saja.

selagi manusia itu terutama pemimpin itu sendiri tidak dapat mentauladani cara atau peribadi nabi Muhammad saw,selagi itulah masaalah ini akan terjadi, dan tidak timbual siapa lebih baik kerana kita manusia dijadikan Allah sama saja semuanya, yg lebihnya ialah siap yg lebih beriman dan mengikut segala suruhan dan perintah Allah.Wallahualam.

Anonymous said...

Biasalah kalau dah ramai sgt org bijakpandai dalam sesuatu jentera pentadbiran party politik.....itu sbbnya UMNO suka pilih org2 bawah yg tak bijak tp berpengaruh jadi ketua......supaya dia tak lawan towkey nnt...............

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.