Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Isnin, 27 Februari 2012

PAS sesat kerana bantah tarian gelek?

Oleh MAT ZAIN MAT ISA

AGAKNYA antara sebab mengapa Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Ahmad Said tergamak melabelka


http://4.bp.blogspot.com/-c8-SlNP4u8c/TsEPC4F-LsI/AAAAAAAAHOc/OO6HTSPEvZw/s1600/mat+said+kot+sgkok.jpgn PAS sebagai Parti Ajaran Sesat ialah kerana parti Islam itu sering membantah tindakan dan mencemuh program dianjurkan Barisan Nasional-Umno negeri itu.
 
Terbaru ialah bagaimana pementasan tarian gelek oleh wanita genit dan seksi di satu ‘pesta main pantai’ dianjurkan suku-sakat parti pemerintah itu tahun lalu kembali menjadi bahan ejekan dan kutukan segenap lapisan pendukung PAS.


Program dikenali sebagai Karnival Sukan Pantai dan Kebudayaan itu telah berlangsung beberapa bulan lalu di Pantai Tanjung Gelam, berdekatan Mengabang Telipot,

Kuala Terengganu. Bual bicara mengenainya bagaimana pun kembali menjadi topik utama masyarakat umum di Terengganu sejak sebulan lalu, terutama apabila klip video mengenainya dipaparkan menerusi Youtube di internet.

 Justeru, ada yang bertanya, siapa lagi yang bertanggungjawab menyemarakkan kembali topik itu kalau bukan para penyokong pembangkang? Dalam konteks Terengganu pula, apabila disebut pembangkang, maka yang berbaloi disebut dan diganyang Umno sudah tentulah PAS.


Parti itu dianggap sengaja mencari salah-silap Umno. Sedangkan bagi Umno dan juga Mat Said (panggilan yang lumrah untuk MB Terengganu itu), program hiburan sebegitu tidak ada salahnya.

 Barangkali mengikut ajaran agama yang dianuti para penyokong parti itu, ia sesuatu yang perlu dianjurkan selalu kerana dipercayai boleh mendatangkan manfaat kepada rakyat. Justeru, sebarang usaha atau suara membantahnya boleh dianggap ‘sesat’.

Sebab itu sewaktu berucap di pentas tarian gelek tersebut, pemimpin Umno yang juga Ahli Parlimen Kuala Nerus sempat mengucapkan ‘alhamdulillah’ di atas berlangsungnya pesta itu.

 Malah dengan penuh rasa bangga dan syukur beliau menyifatkan pesta itu, termasuk tarian gelek dipersembahkan itu, sebagai sesuatu yang ‘telah lama kita tunggu’. Beliau bahkan mengumumkan akan berusaha memasukkan pesta itu dalam ka lendar tahunan program kebudayaan kerajaan negeri.

Pengumuman itu mendapat tepukan dan sorakan gemuruh para hadirin. Bagi Umno dan Mat Said, sambutan itu menandakan program sebegitu dipersetujui dan dialu-alukan rakyat Terengganu.

Maka apabila para pendukung PAS membantah, mempersenda dan mengutuk penganjuran tarian gelek itu, ia menggambarkan parti itu telah “menyimpang” daripada kehendak rakyat negeri itu. Justeru, PAS layak dilabelkan Parti Ajaran Sesat!

Begitu juga dengan kes peruntukan terhadap penyelenggaraan zoo dan taman haiwan di Terengganu yang sebelum ini menjadi topik perbahasan hangat di negeri itu. Dikatakan kerajaan Terengganu memperuntukkan hampir RM10 juta setahun untuk pengurusannya.

Sekali lagi PAS mempersendakan keputusan kerajaan Umno itu. Malah, peruntukan sebanyak itu dibandingkan pula dengan peruntukan bagi menghantar para pelajar melanjutkan pengajian agama ke Timur Tengah yang dikatakan dikurangkan kepada hanya RM3 juta setahun.

Bagi Mat Said, tujuan diwujudkan taman haiwan itu adalah untuk memudahkan rakyat Terengganu belajar mengenai binatang-binatang terbabit. Apabila ia sudah ada di negeri sendiri, maka rakyat tidak perlu berbelanja besar pergi ke negara-negara tertentu untuk melihatnya. Namun, rasional itu tidak dapat difahami oleh PAS. Sebab itulah Mat Said naik bengang dan menganggap parti itu menganut ‘ajaran sesat’.

Dalam beberapa minggu ini pula tercetus isu rampasan tanah milik sebuah sekolah rendah Islam di Paka, Dungun. Bagi penganut ajaran Umno, tidak ada salahnya merampas tanah diberikan kepada rakyat. Bukankah itu polisi yang dilaksanakannya sejurus ia mengambilalih kerajaan pada 2004 dulu?

Beberapa Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) yang diwujudkan kerajaan PAS segera dibatalkan. Lesen mendudukinya ditarik balik, binaan dirobohkan, penghuni dihalau keluar. 

Bahkan, turut dirobohkan tanpa pertimbangan waras ialah sebuah masjid yang didirikan orang ramai di Bujal, Kemaman.

Seluruh tindakan itu dianggap selari dengan ‘ajaran’ Umno. Sebab itu bukan sahaja para pemimpin politiknya, bahkan khalayak yang dekat dengan agama seperti imam dan bilal juga menyokong tindakan itu.

Sekali lagi hanya PAS yang mempertahankan hak rakyat dan mengutuk perampasan itu. Hanya PAS yang bersuara mengutuk perobohan masjid di Bujal. Sedangkan mengikut ‘ajaran’ diterima pakai Umno, tindakan itu tidak sedikit pun menyalahi peraturan manusia mahu pun Tuhan.

Bagi Umno dan Mat Said, apabila sebuah masjid pun layak dirobohkan, inikan pula sebuah sekolah agama rakyat? Sebab itu, sebarang suara membantahnya hanya dianggap sengaja mencari silap kerajaan negeri.

Mana-mana pihak yang menentang keputusan Umno itu pula boleh dianggap sengaja menyesatkan fikiran rakyat, terutama agar membenci kerajaan. Mereka adalah ‘sesat’. Begitulah barangkali menurut logik Mat Said dan para pendukung Umno!

0 orang berkata:

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.