Wednesday, February 1, 2012
DUIT UNTUK ORANG MISKIN PUN NAK SONGLAP KER UMNO?
UMNO Penang!! RM1.1Juta untuk 22 Keluarga Miskin hilang pi mana?Ketika Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengagihkan wang ehsan RM100 buat warga emas yang menjadi pengundi di negeri ini dulu, ada beberapa pemimpin UMNO yang telah menjalankan gerakan mengutip semula wang tersebut kerana menurut mereka wang tersebut adalah datangnya dari hasil judi..
Dalam gerakan mengutip tersebut mereka memperbodohkan ramai warga emas hinggakan dalam media tunggangan mereka iaitu TV3 ada ditunjukkan beberapa orang warga emas yang menangis kerana mengenangkan dosa yang ditanggung mereka akibat menggunakan wang tersebut.
Tindakan mereka itu telah menyebabkan Dr. Asri berkata “Sudahlah mereka miskin, kita persalahkan mereka. Saya nak sebut kepada rayat Pulau Pinang tak payah susah hati. (Umno) janganlah nak takutkan orang kampung, jangan kata doa tak makbul atau (fikiran) sudah benak sebab makan dari sumber haram.
Antara pemimpin-pemimpin UMNO yang telah mengumpulkan wang dari warga emas itu ialah.. Datuk Azhar telah mengumpulkan RM4000.00, Datuk Abdul Rahim Saibu pula RM7000.00 dan Datuk Musa Sheikh Fadzir pula RM4700.00..
Sehingga kini mereka dari UMNO ini masih belum menyerahkan wang ehsan yang dikutip dari warga emas yang diperdayakan mereka kepada kerajaan negeri Pulau Pinang secara rasmi..
Itu pasal wang ehsan RM100 yang disumbangkan oleh kerajaan negeri untuk warga emas Pulau Pinang. Segala laporan dan artikel berkaitan boleh dibaca di SINI.
Ini pula pasal RM1.1 Juta untuk 22 keluarga miskin tegar Pulau Pinang yang dah hilang…
Pada sekitar tahun 2009, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman telah membuat kenyataan yang disiarkan dalam laporan akhbar Berita Harian bertarikh 26 Februari 2009 bahawa kementeriannya iaitu Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KLKW) sedia mengambil alih masalah kemiskinan tegar berikutan kegagalan Kerajaan Negeri di bawah pimpinan Guan Eng gagal menunaikan janji membasmi miskin tegar di negeri Pulau Pinang.
Datuk Zainal Abidin Osman berkata kementeriannya akan membantu keluarga berkenaan menerusi Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SPKR) yang memperuntukkan dana RM1.1 juta untuk membantu 22 keluarga terbabit.
Jika niat mereka itu ikhlas apa salahnya.. bantulah mereka-mereka itu..
Tetapi yang menjadi persoalannya disini ialah setelah hampir tiga tahun.. 22 keluarga miskin tegar itu tetap miskin tegar..
Jadi kemana menghilangnya RM 1.1 juta yang diperuntukkan oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah kepada 22 keluarga miskin tegar Pulau Pinang tersebut?
*******************************************
UMNO Pulau Pinang perlu menjawab ke mana peruntukan sebanyak RM1.1 juta
UMNO Pulau Pinang perlu menjawab ke mana hilangnya peruntukan sebanyak RM 1.1 juta yang diperuntukkan oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah kepada 22 keluarga miskin tegar Pulau Pinang. Dengan kata lain, adakah benar setiap keluarga menerima RM50, 000?
Penasihat Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KLKW) merangkap Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman telah membuat kenyataan yang disiarkan dalam laporan akhbar Berita Harian bertarikh 26 Februari 2009 bahawa kementeriannya sedia mengambil alih masalah kemiskinan tegar berikutan kegagalan Kerajaan Negeri di bawah pimpinan saya gagal menunaikan janji membasmi miskin tegar di negeri Pulau Pinang.
Sehubungan itu, beliau berkata kementeriannya akan membantu keluarga berkenaan menerusi Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SPKR) yang memperuntukkan dana RM1.1 juta untuk membantu 22 keluarga terbabit.
EXCO Kesihatan, Kebajikan & Masyarakat Penyayang Negeri Pulau Pinang YB Phee Boon Poh telah menulis surat kepada Zainal pada 7 April dan 12 Mei tahun 2009 untuk mendapatkan maklumat 22 keluarga tersebut serta memohon status program- program khas yang dirancang tetapi tiada maklumbalas diterima. Malangnya tidak ada jawapan daripada Zainal Abidin ataupun maklumat tentang 22 keluarga miskin tegar mana yang menerima RM50, 000 setiap keluarga?
Sehubungan itu, laporan polis telah dibuat pada 31 Julai 2009 oleh YB Phee bagi membolehkan satu siasatan dilakukan untuk mengetahui ke mana perginya RM1.1 juta yang sepatutnya disalurkan kepada keluarga berkenaan.
Selepas 3 tahun, demi memastikan wang kebajikan sampai ke tangan keluarga miskin adalah dikesali, Datuk Zainal Abidin Osman tidak berani memberi jawapan macam mana dan kepada siapa peruntukan tersebut telah disalurkan. Dan mengapa hanya 22 buah keluarga ini sahaja yang boleh menerima RM50, 000 setiap keluarga dan bukan keluarga miskin tegar yang lain.
Sejak Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang memperkenalkan Dasar Pembasmian Kemiskinan Tegar pada Mac 2009 sehingga Disember 2011, sebanyak RM6.32 juta telah disalurkan kepada lebih kurang 700 buah keluarga setiap bulan. Ini sekaligus menghapuskan miskin tegar di Pulau Pinang, negeri pertama yang berjaya buat begitu di Pulau Pinang. Kini, Kerajaan Negeri telah bersetuju untuk menambah wang pendapatan bulanan kepada minima RM600 sebulan untuk setiap keluarga. Dengan kata lain, Kerajaan Negeri akan menambah wang atau 'top- up' sehingga RM600 sebulan untuk keluarga yang menerima wang pendapatan kurang daripada RM600. Ini adalah selaras dengan hasrat Kerajaan Negeri PR Pulau Pinang untuk membasmi kemiskinan menjelang 2015.
Ingin ditegaskan di sini bahawa Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang akan meneruskan semua program kebajikan yang dilaksanakan dan akan menyalurkan lebihan belanjawan yang diperolehi untuk dikongsi bersama rakyat selaras dengan urustadbir CAT (Cekap, Akauntabiliti dan Telus).
Saya mencabar Zainal Abidin untuk menyenaraikan 22 keluarga miskin tegar tersebut. Adakah RM1.1 juta telah masuk dalam poket pihak- pihak tertentu? UMNO dan Kerajaan Persekutuan perlu bertanggungjawab dan tampil memberi penjelasan bagi mengelakkan keraguan kepada semua pihak.
LIM GUAN ENG
*Dipetik dari Ucapan Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Lim Guan Eng, Sempena Majlis Makan Malam Silver Jubilee Home,Bertempat Di Dewan Silver Jubilee Home pada 31 Januari 2012*
0 orang berkata:
Post a Comment