Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MENGAPA BERLAKU SEMASA HAMPIR PILIHANRAYA ?

APABILA KITA SEBUT MEREKA SEBAGAI PENCEROBOH MAKA TENTERA MALAYSIA SEPATUTNYA SERANG DAN TEMBAK MEREKA, AKAN TETAPI NAMPAKNYA PERISTIWA TEMBAK MENEMBAK ITU SEMACAM ADA CERITA TERSIRAT - Pak Karamu
 
Najib: Penceroboh sepatutnya serah diri, keluar Lahad Datu

1 Mac 2013
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak
PEKAN - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kumpulan penceroboh bersenjata dari selatan Filipina yang berkubu di Kampung Tanduo, Lahad Datu sepatutnya menerima tawaran menyerah diri dan keluar dari kawasan itu secepat mungkin.

"Kita ambil sikap yang berhemah dalam mengendalikan masalah pencerobohan berkumpulan di Lahad Datu kerana kita cuba elak pertumpahan darah dan selesai masalah dengan baik, tetapi mereka yang terlibat harus sedar bahawa apa yang mereka lakukan itu  merupakan kesalahan besar dan serius.

"Mereka sepatutnya dapat menerima tawaran kita keluar dari kawasan kita dengan secepat mungkin. Lagi lama mereka kekal di situ mereka akan terdedah dengan bahaya dari segi apa yang boleh berlaku kepada mereka," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Najib mengulas insiden tembakan di kawasan itu hari ini setelah kumpulan penceroboh yang diketuai adik kepada 'Sultan Jamalul Kiram III' Agbimuddin Kiram enggan meninggalkan kawasan itu setelah berkubu di kawasan itu lebih tiga minggu dengan membuat beberapa tuntutan.

Bagaimanapun beliau bertegas bahawa kerajaan memandang serius apa yang sedang berlaku di Lahad Datu itu.
  
"Kita tidak akan biarkan perkara ini berlanjutan tanpa sesuatu tindakan yang dilakukan pihak pasukan keselamatan, saya beri jaminan, kita pandang serius dan kita akan lakukan apa saja yang perlu dan menjamin kedaulatan negara kita," katanya.

Najib juga memberi jaminan untuk mengambil langkah sewajarnya memperketat keselamatan Sabah.

Beliau juga bersetuju dengan kenyataan Presiden Filipina Benigno Aquino III baru-baru ini bahawa kumpulan penceroboh itu agar jangan menguji kesabaran Malaysia.

"Apa yang dikatakan Presiden Aquino memang tepat dengan pendirian kita. Jangan menguji kesabaran kita, kesabaran kita ada had, kita ada perancangan untuk mengusir mereka keluar, sebaik-baiknya mereka menyerah diri dan keluar
dengan baik," katanya.

Perdana menteri terdahulu melancarkan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Kuala Pahang di sini. - Bernama

PERISTIWA LAHAD DATU MEMENINGKAN KEPALA RAKYAT

Friday, March 1, 2013

TERKINI! Lahad Datu Kini Dalam Zon Perang!

 

Laporan terbaru yang dipetik dari laman portal berita Filipina, Philstar.com menyebut kini sedang berlaku insiden berbalas tembakan di Lahad Datu antara tentera Sultan Sulu, Sultan Jamalul Kiram III dengan pasukan keselamatan Malaysia di sekitar bandar di timur Sabah itu.

Dilaporkan juga ada mangsa yang cedera namun bilangannya belum dapat dipastikan.
Suasana di sana dikatakan tegang dengan polis dan tentera dikerah mengawal keadaan yang berbahaya sejak jam 6 pagi waktu tempatan.

Tentera Kiram yang didokong Sultan Sulu itu juga meningkatkan serangan terhadap barisan pertahanan yang dibina pasukan keselamatan Malaysia menyebabkan insiden tersebut meletus dalam serangan yang sudah memasuki hari ke-20 itu.

Setakat ini Manila belum memutuskan tindakan terbaru susulan dari insiden tersebut tetapi pentadbiran presiden Aquino kini dalam keadaan bersiap sedia untuk mengerahkan anggota tenteranya ke sempadan laut di Laut Sulu manakala Putrajaya dipercayai sudah membuka bilik situasi (situation room) bagi merencana pelan tindakan seterusnya.

Terdapat kira-kira 800,000 pendatang asing negara itu di negeri ini yang memungkinkan tahap keselamatan untuk penduduk tempatan diragui.

Sultan Kiram III masih tidak berganjak dengan keputusannya untuk terus menakluk Lahad Datu walaupun Manila sudah mengarahkan tentera sultan itu meninggalkan Sabah secepat mungkin seperti yang dimaklum Putrajaya kepada Manila beberapa jam lalu.

Wartawan asing yang berada di lokasi kejadian dipercayai bersembunyi akibat khuatir keselamatan mereka terancam sekiranya melaporkan kejadian itu kepada agensi berita masing-masing dan ditahan pihak berkuasa.


JALAN PULANG

PAK KARAMU KAT BRUNEI

SAMPAI HARI RABU KURANG LEBIH JAM 9 AM

NAK HALAU HANTU DARI PUTERA JAYA

Muhyiddin: Pembangkang kemaruk ke Putrajaya
SYAIRI SHAARI 26 Februari 2013
Muhyiddin Muhyiddin (tengah) mengenakan uniform pemandu teksi di kawasan Wangsa Maju, hari ini.
KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Pakatan Rakyat (PR) kini kemaruk untuk ke Putrajaya dan sanggup melakukan apa sahaja bagi memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).
Oleh itu tegas beliau, manisfeto Pakatan Rakyat, yang dilancarkan semalam, membuktikan mereka akan melakukan apa sahaja tanpa mengkaji kesan tindakan PR.

"Mereka tak kaji, tahu bentang sahaja dan tidak fikir bagaimana mereka boleh buat," kata beliau semasa berucap pada sesi lawatan rasmi ke bahagian Parlimen Wangsa Maju dan mendengar taklimat gerak kerja BN Parlimen Wangsa Maju, hari ini.

Sebelum itu, Muhyiddin turut menyempurnakan Majlis Penyerahan Baju Uniform kepada kepada pemandu-pemandu teksi kawasan Parlimen Wangsa Maju di Pejabat Penyelaras BN Parlimen Wangsa Maju.

Muhyiddin yang juga Pengerusi Badan Perhubungan BN Wilayah Persekutan berkata, kalau dilihat secara keseluruhan yang dijanjikan, persoalan timbul dari mana sumber pembangkang boleh memperolehi sekiranya semua diberikan secara percuma.

Sehubungan itu kata beliau, pembangkang akan sedaya upaya dan berbuat apa sahaja sama ada halal atau haram untuk menumbangkan BN.

"Malah pembangkang akan lebih agresif untuk cuba memenangi pilihan raya ini nanti dan menggunakan pelbagai cara termasuk blog untuk melakukan pembohongan," katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, kerusi Parlimen Wangsa Maju mesti kembali ke pangkuan BN walaupun berhadapan senario yang sukar pada pilihan raya kali ini.

Katanya, tidak kira siapa calon yang bertanding, apa yang lebih penting adalah kemenangan BN di Wangsa Maju, selain Pusat Daerah Mengundi (PDM) perlu bekerja keras memastikan kejayaan BN.

"Melihat muka-muka yang cerah di sini, saya yakin BN akan menang di Wangsa Maju dan mesti menang ," katanya.

BERNAMA PUTARBELIT LAPORAN ECONOMIST INTELLIGENCE UNIT


 Bukan hanya Utusan Malaysia, malah Bernama juga memutarbelitkan fakta dan laporan demi memberi persepsi yang baik untuk Barisan Nasional menjelang PRU13. Sebenarnya Economist Intelligence Unit (EIU) hanya meramalkan bahawa BN mungkin menang dan jika menangpun tidak dapat kemenangan dua pertiga majoriti. Rekod hambar yang disebarkan untuk kerajaan PR Selangor juga tidak betul dan mengelirukan.

Sila lihat ulasan Sdr Rafizi di bawah dan laporan the Edge.

Too much  has been made of the recent report by The Economist Intelligence Unit (EIU), which is part of the magazine The Economist.

The Malaysian news agency Bernama spun it to make it appear a forecast of the upcoming general election result. It claimed the EIU predicted the ruling Barisan Nasional (BN) government “will” win the upcoming general election while the Opposition Pakatan Rakyat, for making “costly promises”, appears “a distant second”. It also said the EIU’s conclusion was based on BN’s “successful track record, Prime Minister Najib Abdul Razak’s reform agenda, and his successful economic leadership”. On the other hand, it added, “Pakatan’s populism has remained to be simply hot air”.

Rafizi Ramli, chief of strategy for one of Pakatan’s component parties, PKR, has, however, dismissed Bernama’s spin as being filled with incorrect information. “The report in itself is very neutral,” he said, “but because of Bernama and the way they spin it, it looks like The Economist is giving us a real thrashing.”

It has to be said, after looking at the EIU’s report, that Bernama has indeed coloured its report with subjective interpretation. Nowhere does the EIU state that BN will win the general election. It merely says that BN is “likely” to win, but also that “it will probably fail to attain the two-thirds parliamentary majority that would enable it to make constitutional changes unchallenged”. Neither does the EIU intimate that BN’s likely victory would be due to its “successful” track record and Najib’s “successful” economic leadership. The use of “hot air” is also Bernama’s own editorialising.

In fact, the EIU report actually says that the BN government “has spent lavishly in two consecutive budgets in order to please voters”. And, essentially, it sees the general election as “likely to be a tight race”, and does “not expect the outcome to lead to a dramatic improvement in the public finances”.

What the report really centres on is the likely financial outlook for Malaysia in the aftermath of the general election, hence its title ‘A fiscal bidding war’. Its priority is not really about predicting which side would win.

Even so, a closer analysis of the language the report uses could indicate a slight bias. For instance, it points out that Pakatan “is making many costly promises to the electorate in its eagerness to gain power” but these have “attracted less attention than the generosity” of the BN government. There appears a fair measure of editorialising in the choice of words like “eagerness to gain power”, which throws a negative hue on Pakatan, and “generosity”, which engenders positive connotations for what is really disputable spending on the part of BN.

It also singles out the Pakatan-led Selangor state government for having been accused, mainly by BN, of breaking its promises, having implemented only 15 per cent of its election pledges made in 2008. Why does it pick on the Selangor state government on this particular aspect while it overlooks the positive fiscal achievements accomplished by it and the Penang state government, which is also Pakatan-led?

In any case, the report appears to have been made from an armchair position as it says nothing new that clued-in Malaysians don’t already know about. And for all its professional reputation as a reliable assessor, the EIU is not privy to the country’s hidden accounts and offers no reading of the Malaysian ground sentiment. Its report should therefore be given only a fair amount of serious consideration.-MSN newsRead More “BERNAMA PUTARBELIT LAPORAN ECONOMIST INTELLIGENCE UNIT”  »»

BAKAL KECUNDANG

Tuesday, February 26, 2013

Terserlah - Seorang lagi pencacai baru Najib menyeru sokong BN

Dengan berjawatan sebagai Presiden kesatuan pekerja,, dapat pingat Datuk,, nak kata hebat atau cerdiakawan tak pulak,, kalau bercakap pun tergagap-gagap...maka tak hairanlah sanggup jadi pencacai ....


ini Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) Datuk Omar Osman buat kenyataan kata hati penjawat-penjawat awam 'sudah sejuk', hari ini secara terbuka beliau minta penjawat awam termasuk pesara kerajaan sokong Barisan Nasional (BN) dalam pilihanraya umum ke 13 nanti.
Kenyataan Presiden CUEPACS itu dilihat sebagai satu perkembangan menarik kerana selama ini pertubuhan tersebut sering bersikap kritikal meluahkan pandangannya terhadap dasar-dasar kerajaan.
Perubahan pandangan ini berikutan berbagai penambaikan dan transformasi dalam sektor itu yang dilakukan oleh kerajaan BN.
Menurut Omar, kerajaan BN di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah melakukan banyak penambahbaikan dalam sektor itu dengan memberikan 18 manfaat, antaranya kenaikan gaji, pangkat, gaji minimum dan gaji maksimum.
"Sudah bagus sekarang kerana skim pencen pun naik sebanyak dua peratus setahun. Pesara kerajaan perlu taat setia kepada kerajaan sekarang.
"Sebagai pemimpin kesatuan, saya menasihatkan ahli-ahli sebagai anggota perkhidmatan awam, kita patut tahu mana yang baik dan buruk," katanya.
Sehubungan itu, beliau berkata golongan itu perlu menghargai setiap pemberian kerajaan kerana sekiranya pembangkang memerintah negara ini segala manfaat belum tentu kekal.
Beliau juga berkata penjawat awam perlu bersiap sedia dan melakukan transformasi minda apabila kerajaan melaksanakan transformasi sektor perkhidmatan awam.
"Sama ada berpendapatan tinggi dan boleh atau tidak buat kerja, kita perlu bersiap sedia. Kalau tidak boleh, baik berhenti sahaja," katanya.
Mengenai Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0, beliau berkata pemberian bantuan itu membuktikan BN prihatin terhadap golongan rakyat berpendapatan rendah termasuk penjawat am.
"Tidak ada benda yang tidak boleh dibuat kerana negara sekarang mempunyai banyak wang. Orang tidak ada kerja pun dapat wang," katanya.
Bantuan RM500 diberikan kepada setaip isirumah dan RM250 seorang kepada golongan bujang yang berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah di bawah program BR1M.
CUEPACS merupakan gabungan yang terdiri daripada 100 kesatuan sekerja sektor awam yang menaungi 1.4 juta penjawat awam serta 500,000 pesara kerajaan.
Pada 21 Febuari lalu, Omar dalam satu pertemuan dengan lebih 3000 pemimpin CUEPACS mengatakan gabungan tersebut sudah sejuk hati dan akan jadi tiang seri dan enjin penting kepada kerajaan.
Malah kata omar selaon 1.4 juta penjawat awam serta jika diambil kira ahli keluarga mereka, ada kira-kira 8 juta yang boleh memastikan kerajaan sedia ada kekal demi menjamin penjawat awam mendapat pelbagai manfaat.
“Tidak ada sebab untuk menukar kerajaan yang sedia ada kepada pihak yang belum tentu dapat menjamin apa-apa.
“Tidak pernah satupun cadangan yang dikemukakan oleh CUEPACS kerajaan tolak. Sebagai contoh ialah tuntutan kenaikkan dua peratus wang pencen kepada pesara penjawat awam,” katanya.
Maksud Omar jangan yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.-26/2/2013


Setahu aku tak ada dalam mana-mana akta atau arahan yang anggota pegawai kerajaan kena sokong/undi parti umno... tak ada..

Malah aku dalam tentera selama 21 tahun berkhidmat pun tak ada pegawai atasan aku yang memberi arahan agar menyokong umno,,.

Jadi atas dasar apa si Omar gagap ni sibuk nak suruh penjawat awam sokong bn,,,, nak sambung kerja sampai umuq 65 kut...

Penjawat awam kena ingat,, Pakatan Rakyat boleh memberi yang lebih baik daripada kerajaan umno...Tak percaya tukarlah dahulu... bagi PR memerintah di putrajaya,, Insyaallah, kerajaan yang baru lebih baik dari yang lama,,, yang dah berusia lebih setengah abad.. memang patut pun ditukar,,,


Tuesday, February 26

Pakar TALIBARUT... [Sebarkan...]


Ayuh...!!

Kita tunjukkan kuasa rakyat yang sebenar pada golongan mandaliar moden yang memang pakar sebagai talibarut penjajah sejak DULU, KINI dan SELAMANYA ini...

Sekarang sudah sampai masanya kita boikot kesemua restoran-restoran mereka seluruh Malaysia... AMACAM...?

Tuesday, February 26, 2013

Kumpulan masyarakat Penan serbu majlis Taib - Lu Wei Hoong





Kunjungan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Taib Mahmud ke kawasan Long Lama di kawasan hulu Baram di negeri tersebut disambut dengan bantahan oleh kumpulan pribumi di kawasan itu yang membangkitkan pelbagai isu yang menjejaskan mereka.

Kira-kira 70 orang individu menyertai bantahan tersebut di hadapan pejabat MP Baram Jacob Dungau Sagan, yang menganjurkan majlis dihadiri Taib pada hari Sabtu lalu.

Peserta bantahan tersebut membawa plakad dengan tulisan "Hentikan empangan Baram", "Kembalikan tanah tradisi kami" dan "Dengar rintihan hami".

Peter Kallang yang mengetuai kumpulan alam sekitar Jaringan Selamatkan Sungai memberitahu Malaysiakini bahawa peserta perhimpunan mewakili masyarakat Penan itu menaiki bot selama lapan jam untuk sampai ke lokasi berkenaan.

"Ada antara mereka terpaksa membayar hingga RM300 setiap orang untuk mengambil bahagian disebabkan kos bahan api. Berbeza dengan Taib dan gerombolannya yang tiba dengan tiga helikopter, katanya.



Malaysiakini

Monday, February 25, 2013

BALA Bakal MUNCUL RABU INI, Rungkai Misteri PEMBUNUHAN ALTANTUYA




Bala Selamat Sampai Ke Malaysia, Bakal Merungkai Misteri Di Sebalik Pembunuhan Altantuya

Setelah empat tahun menghilangkan diri, akhirnya P.Balasubramaniam (PI Bala) kembali ke Malaysia dengan selamat. PI Bala muncul di ketibaan antarabangsa KLIA pada lewat petang tadi dan terus disambut oleh ratusan orang dari pelbagai pihak termasuklah Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM).

Bagi SAMM, kepulangan PI Bala ke tanahair tepat pada waktunya malah ia adalah satu simbol keberanian dalam usaha menyelamatkan negara ini dari terus dikuasai pasangan 'penjenayah' bebas.

SAMM yang menyambut PI Bala hari ini tidak terkejut apabila tindakkan pertama beliau setelah sampai ke Malaysia ialah dengan tegas menyatakan akuan bersumpahnya yang pertama yang terpalit nama Najib Razak adalah benar. Ini menunjukkan betapa seriusnya PI Bala untuk merungkai segala simpulan misteri di sebalik pembunuhan Altantuya.

PI Bala merupakan saksi paling berwibawa dalam kes pembunuhan Altantuya yang berkait rapat dengan skandal penyelewengan pembelian kapal selam Scorpene. Ini adalah kerana PI Bala antara susuk yang terakhir bertemu dengan Altantuya ketika masih bernyawa. PI Bala juga dikatakan telah dibawa bertemu adik kepada Najib sebelum akuan bersumpah kedua dibuat susulan pertemuan tersebut.

Justeru itu, SAMM mempersiapkan sebuah pentas jelajah buat PI Bala sebagai saksi tragedi pembunuhan Altantuya, dengan sokongan pelbagai NGO dan gerup mahasiswa. Berikut adalah informasi bagi pentas yang pertama;

Talkshow: Rungkai Misteri di Sebalik Pembunuhan Altantuya
Tarikh: 27 Februari (Rabu)
Masa: 8.30mlm
Venue: Dewan KLSCAH (Berhampiran Monorail Maharajalela)
Panel: PI Bala, Chegubard (SAMM), Cynthia (SUARAM) dan Khalid Ismath (KAMI) dan Zunar (Kartunis)

SAMM menjemput kehadiran semua termasuk pengamal media dan diminta juga agar program penting ini dapat dihebahkan dengan maksima.

Sekian


Edy Noor Reduan
Pengarah Propaganda SAMM
www.anakmudamalaysia.com
samm4anakmuda@gmail.com

Lantik Najib : Umno-BN Selangor Sudah Tidak Bermaya

15 Rabi'ul akhir 1434H,
SHAH ALAM 26 FEB : Perlantikan Datuk Seri Najib Razak sebagai Pengarah Pilihan Raya BN Selangor adalah bukti jelas betapa Umno-BN negeri itu sudah tidak bermaya berdepan sokongan padu rakyat terhadap Kerajaan Pakatan Rakyat.
Ketua AMK Selangor, Azmizam Zaman Huri berkata, keadaan ini dilihat tindakan terdesak dari Perdana Menteri sendiri selaku Pengerusi BN, sehingga terpaksa turun bagi menyuntik semangat kepada jentera mereka yang kian lesu.
“AMK Selangor menyatakan bahawa tidak akan sama sekali gentar untuk bertarung dalam Pilihanraya Umum ke 13 dan perlantikan Najib Razak.
“Ia cuma mendedahkan lagi kepincangan kepimpinan Umno-BN yang terus menerus buntu menghadapi kemaraan rakyat yang bakal menolak mereka buat penggal kedua berturut-turut,” kata Azmizam dalam kenyataan medianya.
Tegas beliau, AMK Selangor turut mempersoalkan bahawa Umno-BN tidak mempunyai calon Menteri Besar untuk negeri itu.
“Apakah yang terlalu dicemaskan oleh Najib Razak dengan tindakan ke belakang beliau dengan bersetuju menjadi pengarah pilihan raya negeri sahaja.
“Apakah Najib Razak bimbang sabotaj dari dalam yang akan menjerat hayat politik beliau dalam Umno sekiranya beliau gagal memimpin BN untuk sekurang-kurangnya bertahan di Putrajaya,” soal beliau.
Ujarnya, sekiranya Najib Razak dan Datuk Seri Mohamed Zin merasakan perkara ini akan menggetarkan anak muda AMK , ternyata telahan itu sama sekali adalah silap.
“AMK Selangor akan melangkah teguh memimpin jentera anak muda untuk memastikan segala strategi Najib Razak dipatahkan demi mempertahankan negeri ini,” katanya.-tvs

Pahlawan 30

26/02/13

Edisi menipu Nik Aziz terburai sudah !!


Terlebih dahulu Al-Fatihah buat Allahyarham ustaz Mahmod. Semoga rohnya dicucuri rahmat oleh Allah swt.......

Malam ni nak cerita pasai TGNA...

Lihatlah [gambar] seorang pemimpin yg benar2 memimpin rakyat. Kelihatan Tuan Guru solat asar berjemaah di masjid Kg Nipah Bachok.Kerana sedang menunggu ketibaan jenazah Ustaz Mahmod .[sumber dari FB]

Pemimpin Umno boleh ke buat macam tu ?

Tetapi Warak macam pun , baek lagu manapun dan alim macam manapun TGNA, tetapi dari kacamata musuh politik beliau, ia nya tetap buruk dan hina jua...

Malah diherdik sebagai ulama terompah oleh sesetengah macai macai Umno...

Kes terbaru semalam kecoh dalam laman sosial dan telah pun terburai kerja kerja fitnah terhadap Nik Aziz oleh golongan manusia yang membenci beliau ,

Hangpa baca dibawah...




Kesian tengok perangai macai macai Umno bila buat kerja banggang lagi sia sia,

Kalau nak menipu pun agak agak la sikit..!!Jangan sampai memperbodohkan diri sendiri.

Setahu aku hanya rakyat yang berpendapatan RM3000 kebawah bagi seisi rumah yang layak mendapat bantuan BR1M, apakah jawatan menteri besar yang disandang oleh TGNA hanya berjumlah RM$3000.00 sebulan ??..

Kerana marah dan benci terhadap TGNA macai macai ini sanggup melakukan apa sahajaha  untuk memuaskan nafsu mereka  .

Sanggup memanupulasikan gambar TGNA dengan melakukan pengeditan semata-mata  mahu memfitnah TGNA sebagai salah seorang penerima BR1M.

Ha.. ha.. ha ...stupid betui .

Perangai tak senonoh macai Umno ini terbongkar  melalui gambar [atas].Jelas dua gambar diatas nampak sama tapi  menjadi berbeza setelah diubah suai oleh kuncu kuncu dajai.

Maka projek fitnah itu ternyata gagal ....

Cukup busyukkKK hati mereka.,sebusuk umpama bangkai.
Maka boleh kita simpulkan Umno dengan fitnah bagai aur dengan tebing. 

Akhlak pemimpin UMNO dengan macai  lebik kurang sama sahaja.....

Bodoh tak kesudah.

UMNO SELANGOR BEREBUT JAWATAN MB- ? EZAM BAKAL MB

Pakatan lihat pertembungan antara fraksi Umno S'gor
   

  Andrew Ong
   Feb 25 2013

   
Pelantikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai pengarah pilihan raya BN Selangor menimbulkan lebih banyak spekulasi berhubung pertembungan antara fraksi dalam Umno negeri.

Timbalan pesuruhjaya PAS Selangor Khalid Samad berpendapat, tindakan itu mungkin bertujuan untuk menghalang perebutan kuasa antara pemimpin tertinggi dalam Umno negeri untuk jawatan menteri besar sekiranya BN berjaya merampas semula pentadbiran Selangor.

MP Shah Alam itu memberitahu Malaysiakini bahawa perkembangan itu menunjukkan BN tidak mempunyai calon menteri besar dan tidak dapat mengenalpasi kepimpinan BN negeri.

Dua pemimpin BN Selangor yang dilihat sebagai calon menteri besar ialah koordinator BN negeri Datuk Seri Mohd Zin Mohamed dan timbalannyam Datuk Seri Noh Omar.

Namun kedua-duanya antara lainnya dilihat tidak dapat bertemu mata dalam soal strategi pilihan raya.

Jelas, Najib mengelak daripada memilih calon MB menjelang pilihan raya umum bagi mengelakkan sabotaj dari fraksi yang tidak dipilih.

Setiausaha PKR Selangor Amiruddin Shaari berkata tindakan memperbesarkan peranan Najib di negeri itu menunjukkan bahawa BN tidak yakin.

"Nampaknya mereka seperti dalam keadaan panik. Jelas wujud perpecahan di kalangan pemimpin negeri mereka," kata ADUN Batu Caves itu.-MALAYSIAKINI Read More “UMNO SELANGOR BEREBUT JAWATAN MB- ? EZAM BAKAL MB”  »»


26 Februari, 2013

Akhirnya.. Zahid Hamidi Berani Saman Rafizi

KUALA LUMPUR 26 FEB: Setelah hampir sebulan menunggu saman daripada Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, akhirnya surat saman Menteri Pertahanan itu diterima Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli semalam.

Saman itu berkaitan pendedahan mengenai penyelewengan wang pesara tentera dalam Boustead Holdings Berhad.

Sebelum ini, Rafizi hanya diberi surat tuntutan oleh Zahid. Rafizi minggu lalu menyatakan kesediaannya untuk ke mahkamah walaupun masih menanti surat saman daripada Zahid.

Katanya, beliau lebih bersedia selepas mendapat akses maklumat perjanjian dalam Boustead.

“Saya tak sabar nak tunggu Zahid mempertahankan dirinya di mahkamah kelak,” kata Rafizi sambil menegaskan Zahid gagal menjaga kebajikan anggota tentera.

“Hari ini (semalam) juga saya terima writ saman dari Zahid Hamidi, case management hari Rabu,” kata Rafizi di twitternya.

“Yeah jumpa di court,” tulis Rafizi lagi kepada Pengarah Guaman KEADILAN, Latheefa Koya, selaku peguamnya.

Rafizi sebelum ini membeli 100 unit saham Boustead dengan harga RM4.86 seunit, bagi membolehkannya menjadi pemegang kepentingan Boustead dan mendapat dokumen Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

Zahid dilaporkan memfailkan writ saman menerusi Tetuan Majid Krishna Menon & Lee di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi pada 25 Januari lalu. ~keadilandaily
Pindaan Auku tingkat kuasa politik pelajar
JAMILAH HAMZAH
26 Februari 2013
Tun Faisal
Tun Faisal antara anggota ahli panel yang menjayakan Wacana Sinar yang mengupas tajuk "Kuasa Politik Mahasiswa" hari ini. - Foto Sinar Harian oleh ROSLI TALIB
SHAH ALAM – Transformasi politik yang dibawa kerajaan, antara lain meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) telah meningkatkan kuasa politik mahasiswa menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), kata bekas aktivis mahasiswa, Tun Faisal Ismail Aziz hari ini.
Beliau berkata demikian pada Wacana Sinar Siri 17: Kuasa Politik Mahasiswa di sini.

Menurutnya, dengan pindaan yang dibuat menggambarkan keterbukaan kerajaan untuk memberi kesamarataan dalam sistem demokrasi kepada rakyat termasuk mahasiswa.

Beliau berkata, mahasiswa pada masa kini bebas untuk berpolitik secara terbuka, sekali gus mendapat peluang untuk menjadi calon pada pilihan raya umum ini.

Namun, Tun Faisal berkata, kebebasan yang diberikan perlu diiringi dengan panduan supaya tidak menimbulkan sebarang perkara tidak diingini.

"... kita bagi ruang untuk mereka bebas berpolitik, tapi perlu ada juga yang menjadi panduannya.

“Kita bagi kepercayaan kepada pelajar, ini menjadi medan terbuka kepada mahasiswa untuk memberi sokongan secara terbuka dan menjadi calon PRU13," katanya.

Pada 19 April tahun lepas, Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) 2012, yang membenarkan penuntut universiti terbabit dalam politik dan memegang jawatan dalam persatuan serta pertubuhan di luar kampus.

Mengulas lanjut, Tun Faisal yang juga pengasas media Umno berkata, tranformasi politik membabitkan pindaan Auku tidak menghalang kebebasan berpolitik, tetapi memberi panduan dan mengelakkan sifat partisan di kalangan pengajar serta mahasiswa di institut  pengajian tinggi.

Tun Faisal juga berkata, parti politik boleh mengambil kesempatan terhadap mahasiswa untuk menjadikan mereka sebagai tonggak dalam pergerakkan parti pada PRU13.

"... transformasi tak menghalang pelajar berpolitik, tapi kita tak mahu ada budaya partisan dalam kampus termasuk pensyarah dan mahasiswa.

“Keterbukaan atau kebebasan ini juga akan memberi peluang kepada parti politik menjadikan mahasiswa sebagai tonggak utama mereka pada pilihan raya kali ini," katanya.

Selain Tun Faisal, barisan panel terdiri daripada Timbalan Presiden Majlis Belia Malaysia, Muammar Ghadafi; Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad; penganalisis politik, Prof Dr Azmi Hassan dan Presiden Gabungan Mahasiswa Islam (Gamis), Azan Safar.

PERANGAI IRAUNPUN CAM NI JUGAK


4 ditahan ugut bunuh ahli keluar parti

26 Februari 2013
MARANG - Empat lelaki ditahan kerana bertindak mencekik leher dan mengugut bunuh seorang penyokong sebuah parti politik yang keluar parti itu untuk menyertai parti lain di Kampung Jerung Seberang, Wakaf Tapai di sini, semalam.
  
Dalam kejadian kira-kira pukul 7 petang, mangsa yang berusia 53 tahun bersama isteri 50-an dan anak berada di rumah sebelum didatangi empat suspek yang tinggal di kampung sama lantas mengugut untuk membunuh dan membakar rumahnya.
  
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri ACP K.Manoharan berkata kejadian itu berlaku apabila suspek dikatakan tidak berpuas hati dengan mangsa yang mewakili 81 lagi penduduk menaikkan kain rentang berbunyi 'Kami Penduduk Kampung Bukit Cempedak Sokong Parti Lain'.
  
Beliau memberitahu pemberita di sini hari ini, semasa di rumah itu, berlaku pertengkaran antara mangsa dan suspek sebelum seorang daripada mereka yang berusia 34 tahun bertindak menarik dan mencekik leher mangsa.
  
Manoharan berkata isteri dan anak mangsa menyaksikan tindakan suspek yang juga mengugut mahu membunuh serta membakar rumah mangsa kerana keluar parti dan menaikkan kain rentang itu.
  
"Insiden keluar parti ini berlaku dua bulan lepas apabila mangsa yang juga ketua kepada 81 orang dari kampung itu keluar parti dan menyertai parti politik lain serta mahu menubuhkan cawangan baharu di kampung itu," katanya.
  
Manoharan berkata ekoran kejadian itu mangsa membuat laporan di Balai Polis Wakaf Tapai pada jam 9.30 malam hari sama kerana bimbang keselamatannya sekeluarga.
  
Katanya keempat-empat suspek berusia 34 hingga 38 tahun yang masing-masing bekerja sebagai tukang rumah dan bekerja sendiri ditahan di rumah masing-masing hari yang sama selepas laporan dibuat.
  
"Kes disiasat mengikut Seksyen 352 Kanun Keseksaan kerana menggunakan kekerasan jenayah dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah," katanya.
  
Justeru beliau menasihati orang ramai yang tidak berpuas hati berhubung parti politik supaya tidak bertindak sesuka hati, sebaliknya meminta pendapat ketua parti politik masing-masing, atau membuat laporan polis.  - Bernama

BAIK PUNYA ACTING

Ceroboh Sabah: Presiden Manila beri Sultan Sulu amaran
Wartawan Sinar Harian 26 Februari 2013
Presiden Filipina, Benigno Aquino Presiden Filipina, Benigno Aquino
 
MANILA - Presiden Filipina, Benigno Aquino hari ini memberi amaran kepada Sultan Sulu bahawa beliau akan berhadapan dengan tindakan undang-undang yang "amat tegas" jika tidak menamatkan insiden menceroboh wilayah Sabah, yang berlarutan sejak awal bulan ini.
Sehubungan itu, Aquino telah meminta Sultan Jamalul Kiram III agar menarik keluar 180 pengikutnya termasuk 30 yang bersenjata dari Lahad Datu.

“Jika anda memilih untuk tidak bekerjasama, kuasa penuh berdasarkan undang-undang negara akan dikenakan bagi mencapai keadilan untuk semua,” kata Aquino dalam satu kenyataan yang disiarkan menerusi televisyen.

Dipetik laporan AFP, Presiden Filipina itu berkata, "keadaaan ini tidak boleh berlanjutan."

"Jika anda benar-benar seorang pemimpin kepada pengikut, anda sendiri perlu bekerjasama dengan kerajaan dan kembali ke negara ini secara aman,” kata beliau.

Selain itu, Aquino turut memberi amaran kepada Sultan Jamalul bahawa satu arahan telah dikeluarkan agar siasatan diadakan berhubung kemungkinan pencabulan undang-undang oleh beliau, pengikut dan pihak sekongkol dengannya dalam insiden menceroboh wilayah Malaysia.


AKAN MENYUSUL

SIAPA YANG BUAT MEREKA SEPERTI INI ?

Tuesday, February 26


BUKTI bergambar kata-kata TGNA tu betoi... [Saksikan...]


BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA BAGAIMANA UMNO/BN JADIKAN RAKYAT DALAM PEMBERIAN BR1M UMPAMA HAIWAN.
"BN jadikan rakyat umpama haiwan" ertinya Kerajaan UMNO/BN dibawah pimpinan Najib Razak cuba nak ambil dan tawan hati rakyat agar menyokong dan memberikan undi kepada UMNO/BN pada PRU 13 akan datang ini saling tak tumpah sebiji seketul macam layan haiwan ketika memberikan BR1M.



Menurut TGNA, seharusnya sebagai pemimpin negara mereka perlu diberikan ilmu dan bukannya wang ringgit atau kebendaan.
Lebih menyedihkan ada warga yang pengsan kerana tunggu beratur panjang.











Ada lokasi seperti di Johor Bahru berebut, tolak menolak berlaku hingga terpaksa pihak polis dan Rela masuk campur meredakan keadaan.

Yang jadi mangsanya ialah warga yang miskin dan berpendapatan rendah rata-rata berumur 50 tahun keatas.

Mengapa perlu suruh rakyat beratur panjang selepas mendengar celoteh yang karut marut dari pemimpin UMNO/BN sebelum nak ambil voucher RM500?

Bukankah pada borang permohonan BR1M ada diminta no akaun bank?

Mengapa tidak disalurkan terus kedalam akaun penerima yang dikategorikan layak?

Bukankah ini memberi maksud jua yang UMNO cuba nak layan penerima BR1M macam haiwan..Seperti menabur dedak kepada ayam untuk pujuk dan kemudianya cekup terus sembelih?

Dimana silap dan salahnya kata-kata kiasan yang dihujahkan oleh Mursyidul Am PAS, TGNA, ini? ~ Omak kau

BILA NAK HABIS RASUAH ?

Rasuah dalam pengurusan balak di T'ganu?


15 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -


KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat hari ini mendakwa wujud unsur rasuah dalam pengurusan balak di bawah pentadbiran Datuk Seri Ahmad Said di Terengganu yang melibatkan wang ratusan juta ringgit.


(Rafizi, Syed Azman dan Shuhaimi dalam sidang media hari ini di Pejabat PKR)

Mendedahkan perkara itu Adun Batu Buruk Dr. Syed Azman mendakwa, skandal itu melibatkan satu modus operandi menggunakan sebuah syarikat yang diberi kelulusan membalak oleh kerajaan negeri.

Syarikat tersebut pula ujarnya dikehendaki membeli saham sebuah syarikat proksi dengan harga tinggi.

"Wang jualan syarikat tersebut disyaki disalurkan kepada orang-orang tertentu yang mempunyai pengaruh untuk menentukan hak membalak," katanya dalam sidang media di ibu pejabat PKR hari ini.

Turut serta pada sidang media Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli.

Difahamkan projek membalak tersebut diluluskan Mesyuarat Lembaga Mengambil Hasil Hutan Negeri pada 17 Julai 2012 yang dipercayai dipengerusikan Ahmad, melibatkan kawasan seluas 1,000 ekar di Hutan Simpan Hulu Setiu.

Namun pada 28 Disember 2011 iaitu enam bulan sebelum kelulusan membalak dikeluarkan, satu perjanjian telah dimetrai supaya syarikat terbabit membayar RM2.5 juta untuk membeli sebuah syarikat proksi yang hanya mempunyai saham berbayar RM2.

"Kami mempunyai bukti yang jelas bahawa perjanjian ini ada kena mengena dengan kelulusan membalak tersebut.

"Bukti-bukti ini akan dikeluarkan dalam tempoh dua minggu ini menjelang pilihan raya umum ke-13 sementara menunggu jawapan menteri besar," katanya.

Dalam pada itu, Setiausaha Persatuan Anak Terengganu di perantauan (Perantau), Shuhaimi Embong dalam kenyataannya meminta Datuk Seri Ahmad Said mengambil cuti panjang sementara dakwaan ke atasnya ini di siasat.

"Kami Perantau mencadangkan MB bercuti panjang sementara disiasat," kata Shuhaimi yang turut serta dalam sidang media itu.

harakah/-
Wacana Sinar Kuasa Politik Mahasiswa sedang berlangsung
Wartawan Sinar Harian 26 Februari 2013
Wacana Sinar Kuasa Politik Mahasiswa Wacana Sinar Kuasa Politik Mahasiswa
SHAH ALAM - Wacana Sinar Siri 17, yang mengupas topik Kuasa Politik Mahasiswa, sedang berlangsung di Auditorium Kompleks Kumpulan Media Karangkraf di sini.
Ahli panel terdiri daripada bekas aktivis pergerakan mahasiswa, Tun Faisal Ismail Aziz, Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad; Tun Faisal, penganalisis politik, Prof Dr Azmi Hassan; Timbalan Presiden Majlis Belia Malaysia, Muammar Ghadafi dan Presiden Gabungan Mahasiswa Islam (Gamis), Azan Safar.

Moderatornya ialah Prof Datuk Mohamad Abu Bakar.

Wacana ini akan mengupas lebih lanjut mengenai isu Auku yang memberikan kuasa politik kepada mahasiswa sekaligus sejauhmana mampu mengubah landskap politik.

Selain itu kupasan akan dilakukan berdasarkan adakah ruang dan peluang yang diberi selaras dengan pindaan Auku yang dipersetujui.

Ikuti intipati wacana:

3 petang: Wacana bermula dengan penerangan moderator
Tun Faisal: Saya ambil pendirian, kita depani landskap baru ada perubahan transformasi yang buka sedikit kepada pendidikan

Tun Faisal: Lebih baik kita bagi kebebasan kepada pelajar.

Tun Faisal: Bila sudah, medan ini terbuka, bukan lagi jadi masalah, pelajar boleh bagi sokongan secara terbuka, mereka boleh jadi calon

Nik Nazmi: Kita (Pakatan) nyatakan secara jelas apabila 100 hari pertama PR perintah, akan mansuhkan Auku

Dr Azmi: "Adakah itu satu pembaziran sumber manusia akibat Auku?"

Dr Azmi: "Auku sebagai kambing hitam kenapa pelajar kata jumud fikiran?"

Dr Azmi: "Ketika (1980-an) tak ada masalah, Auku tak kekang aktiviti pelajar tapi bergantung kepada pelajar itu sendiri."

Dr Azmi: "Selepas dua tahun Auku dipinda, masih berlaku kejumudan akitivis."

Muammar: Ada satu konsep dalam MBM, bincang semua isu berkaitan belia, tak kira sensitif atau tidak, selagi tidak bertentangan dengan Perlembagaan
Azan dari Gamis: Kena lihat sifat dan jiwa mahasiswa;  mahasiswa umpama harimau. Kalau sampai masanya ia akan mengaum
Azan dari Gamis: Perkara pertama yang perlu dilihat tentang orang muda adalah sifat bangun dan bangkang.
Azan dari Gamis: Mereka akan bangkit jika lama dikongkong kerana orang muda mahukan kebebasan. Kita boleh lihat dalam isu Auku

Nik Nazmi: Pelantikan naib canselor juga tidak boleh ditentukan oleh menteri pengajian tinggi lagi kerana ia tidak akan wujud kebebasan akademik.

Muammar: MBM meruapakan NGO yg pentingkan perpaduan, dan resam org muda. Apa juga aspirasi orang muda, adalah isu yang dibawa oleh MBM

Muammar: Setiap perkara dan isu yang timbul akan dibincangkan secara intelektual.

Tun Faisal: Nak diperjuangkan kebebasan apa, politik atau akademik

Tun Faisal: Kalau akademik, saya tak yakin Auku itu mengekang pelajar beraktiviti

Tun Faisal: "Berpolitik secara hina dan lain-lain yang dibawa ke dalam kampus itu bagaimana?"

Jawab soalan "siswa bendul, bagaimana MBM tangani?" Muammar jawab, "saya tak setuju kenyataan Prof Mohammad Abu Bakar."

Muammar tambah, "kena tengok kenapa topik ini (wacana) jadi perbincangan hangat?"

Tambah Mummar: "Sebab orang muda ada nilai ilmu. MBM menaruh kepercayaan pada mereka..."

Muammar: "... bahawa dengan nilai ilmu yang ada boleh buat mereka bergerak. Saya cukup terasa dgn kenyataan itu (siswa bendul)."

Nik Nazmi: "Bagi saya bersifat partisan atau tidak, ia terpulang kepada mahasiswa untuk memilih."

Nik Nazmi: "Kalau hendak cakap tentang non-partisan, kita kena bersifat adil"

Azan Gamis: Rasa cakna kepada politik sangat lemah

Azan Gamis: "Politik sebahagian daripda akademik - kita harus tahu; bukan mahu wujudkan politik gaduh."

Azan Gamis: "Kita tidak beri kepercayaan kepada mahasiswa - kita anggap mereka lemah."

Tun Faisal: Auku untuk pastikan pensyarah dan pelajar tidak partisan

Tun Faisal: Jika politik lebih baik interprestasikan dalam parti, hal ini tidak pernah dihalang

Tun Faisal: Jika Auku halang pemikiran hebat, itu bukan salah Auku tapi kepimpinan itu sendiri

Azan: "Kita bukan mahu wujudkan politik bergaduh, sebaliknya politik intelektual tetapi tiada ruang diberi."

Azan: "Kita perlu betulkan semula sistem pendidikan, bukannya Auku."

Dr Azmi: "Tidak kisah pelajar menyokong sesiapa apabila keluar, realitinya berlainan..."

Dr Azmi menambah, "... mereka lalui zaman universiti, penting buat keputusan kerana kepentingan kedaulatan dan keselamatan..."

Kata Dr Azmi, "pelajar pergi BTN, hak pelajar untuk sebelahi mana-mana parti... kes Lahad Datu tak dibincang dgn luas... bukan kerana pelajar jumud."
Muammar: "MBM cukup sedar mana-mana parti politik tidak wakili 50% rakyat Malaysia. Begitu juga persatuan."
AKAN MENYUSUL
Merdeka Center: Populariti Najib susut lagi
Wartawan Sinar Harian
26 Februari 2013
Najib Tun Razak
Dato' Seri Najib Tun Razak
 
SHAH ALAM - Sementara rakyat menanti tarikh Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), kajian terbaru Merdeka Center menunjukkan populariti pengundi ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merosot lagi, dua mata, berbanding dua bulan yang lalu.

Hasil kajian itu menunjukkan pengundi yang berpuas hati dengan pencapaian perdana menteri pada bulan lalu adalah dalam lingkungan 61 peratus berbanding 63 peratus Disember lalu.

Oktober lalu, paras itu adalah sebanyak 65 peratus, yang naik satu mata berbanding Jun lalu.

Setahun lalu, kajian yang sama menunjukkan paras populariti Najib pada paras 69 peratus.
"Kajian menunjukkan sementara kadar rasa puas hati di kalangan pengundi Cina dan India, masing-masing kekal pada paras 34 peratus dan 75 peratus,  sentimen di kalangan orang Melayu menurun empat mata daripada 77 peratus kepada 73 peratus," kata kenyataan dikeluarkan oleh Merdeka Center hari ini.

Menurut kenyataan itu, kajian terbaru ini juga mendapati sentimen pengundi ke atas kerajaan adalah sebanyak 48 peratus manakala ke atas Barisan Nasional (BN) pula 45 peratus.

"Kajian juga menunjukkan penurunan (arah aliran sokongan) di kalangan responden Melayu terhadap kerajaan dan Barisan Nasional," katanya lagi.

Kajian terbaru ini dikendalikan antara 23 Januari dan 6 Februari lalu bagi menilai pandangan pengundi menjelang PRU13.

Kajian ini diadakan selepas Himpunan Kebangkitan Rakyat dan ketika berlangsungnya ikuiri suruhanjaya diraja berkenaan warga asing di Sabah dan di sebalik kontroversi kalimah ALLAH. Merdeka Center berkata kajian ini selesai dijalankan sebelum sambutan Tahun Baru Cina.

Seramai 1,021 pengundi yang terdiri daripada 59 peratus orang Melayu, 32 peratus Cina dan sembilan peratus India ditemu bual.

AKAN MENYUSUL
Segarkan ingatan anda...

Tuesday, February 26, 2013


TG Nik Abdul Aziz bin Nik Mat bakal PM Malaysia ke 7?

Sewaktu kerajaan Angkatan Perpaduan Ummah memenangi PRU08 1990, kerjaan PAS ditubuhkan dnegeri kelantan, TG Nik Aziz jadi MB Kelantan, ramai yang pertikaikan terutama kelompok Umno dan yang seangkatann dengannya..


Bermacam tohmahan dan cacian,, sehingga ada kata-kata dari seorang mantan TPM waktu tu, kerjaan nengeri Kelantan hanya mampu bertahan 3 bulan sahaja... 

Namun, alhamdulillah.. sudah 22 tahun berlalu,, kerajaan Pas di bawah TG Nik Aziz mampu bertahan...

Dan nampaknya Ketua Umum PKR DS Anwar sendiri telah memberi pengiktirafan kepada beliau....


Baca sepenuhnya Klik Sini

Sebagai permulaan kemenangan jika Putrajaya berjaya di rampas,, rasanya tak ada salah jika Tg Nik Aziz di beri penghormatan memegang jawatan PM, tak kisahlah.. sepenggal pun dah OK,, bila semua dah berjalan lancar... buatlah pemilihan... 

Malah DS Anwar sendiri pun tak kisah siapa bakal jadi PM...


Baca sepenuhnya Klik sini

Apa macam sahabat-sahabat Pkr dan Dap... ada berani? .. Cai-cai umno jangan nak buat komen menyibuk... aku tak layan..  


free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.