Merdeka Center: Populariti Najib susut lagi
26 Februari 2013
SHAH ALAM - Sementara rakyat menanti tarikh Pilihan Raya Umum ke-13
(PRU13), kajian terbaru Merdeka Center menunjukkan populariti pengundi
ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merosot lagi, dua
mata, berbanding dua bulan yang lalu.
Hasil kajian itu menunjukkan pengundi yang berpuas hati dengan pencapaian perdana menteri pada bulan lalu adalah dalam lingkungan 61 peratus berbanding 63 peratus Disember lalu.
Oktober lalu, paras itu adalah sebanyak 65 peratus, yang naik satu mata berbanding Jun lalu.
Setahun lalu, kajian yang sama menunjukkan paras populariti Najib pada paras 69 peratus.

"Kajian menunjukkan sementara kadar rasa puas hati di kalangan pengundi
Cina dan India, masing-masing kekal pada paras 34 peratus dan 75
peratus, sentimen di kalangan orang Melayu menurun empat mata daripada
77 peratus kepada 73 peratus," kata kenyataan dikeluarkan oleh Merdeka
Center hari ini.
Menurut kenyataan itu, kajian terbaru ini juga mendapati sentimen
pengundi ke atas kerajaan adalah sebanyak 48 peratus manakala ke atas
Barisan Nasional (BN) pula 45 peratus.
"Kajian juga menunjukkan penurunan (arah aliran sokongan) di kalangan
responden Melayu terhadap kerajaan dan Barisan Nasional," katanya lagi.
Kajian terbaru ini dikendalikan antara 23 Januari dan 6 Februari lalu bagi menilai pandangan pengundi menjelang PRU13.
Kajian ini diadakan selepas Himpunan Kebangkitan Rakyat dan ketika
berlangsungnya ikuiri suruhanjaya diraja berkenaan warga asing di Sabah
dan di sebalik kontroversi kalimah ALLAH. Merdeka Center berkata kajian
ini selesai dijalankan sebelum sambutan Tahun Baru Cina.
Seramai 1,021 pengundi yang terdiri daripada 59 peratus orang Melayu, 32 peratus Cina dan sembilan peratus India ditemu bual.
AKAN MENYUSUL
AKAN MENYUSUL
0 orang berkata:
Post a Comment