Lantik Najib : Umno-BN Selangor Sudah Tidak Bermaya
15 Rabi'ul akhir 1434H,
SHAH ALAM 26 FEB : Perlantikan Datuk Seri Najib Razak
sebagai Pengarah Pilihan Raya BN Selangor adalah bukti jelas betapa Umno-BN
negeri itu sudah tidak bermaya berdepan sokongan padu rakyat terhadap Kerajaan
Pakatan Rakyat.
Ketua AMK Selangor, Azmizam Zaman
Huri berkata, keadaan ini dilihat tindakan terdesak dari Perdana Menteri
sendiri selaku Pengerusi BN, sehingga terpaksa turun bagi menyuntik semangat
kepada jentera mereka yang kian lesu.
“AMK Selangor menyatakan bahawa
tidak akan sama sekali gentar untuk bertarung dalam Pilihanraya Umum ke 13 dan
perlantikan Najib Razak.
“Ia cuma mendedahkan lagi
kepincangan kepimpinan Umno-BN yang terus menerus buntu menghadapi kemaraan
rakyat yang bakal menolak mereka buat penggal kedua berturut-turut,” kata
Azmizam dalam kenyataan medianya.
Tegas beliau, AMK Selangor turut
mempersoalkan bahawa Umno-BN tidak mempunyai calon Menteri Besar untuk negeri
itu.
“Apakah yang terlalu dicemaskan
oleh Najib Razak dengan tindakan ke belakang beliau dengan bersetuju menjadi
pengarah pilihan raya negeri sahaja.
“Apakah Najib Razak bimbang
sabotaj dari dalam yang akan menjerat hayat politik beliau dalam Umno sekiranya
beliau gagal memimpin BN untuk sekurang-kurangnya bertahan di Putrajaya,” soal
beliau.
Ujarnya, sekiranya Najib Razak
dan Datuk Seri Mohamed Zin merasakan perkara ini akan menggetarkan anak muda
AMK , ternyata telahan itu sama sekali adalah silap.
“AMK Selangor akan melangkah
teguh memimpin jentera anak muda untuk memastikan segala strategi Najib Razak
dipatahkan demi mempertahankan negeri ini,” katanya.-tvs
Pahlawan 30
0 orang berkata:
Post a Comment