Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

TOLAK DASAR AGAMA TANDA BERIMAN ?

Tok Mufti tolong tengok ayat quran dibawah ni, mengapa tafarroqu ? Mengapa PAS boleh ambil dasarn partinya menepati agama sementara UMNO yang dasarnya tiada kaitan lansung dengan quran,hadis,ijma ulama dan qias dikatakan beriman ?  Pak Karamu

Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah dan janganlah kamu bercerai-berai dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan , lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang Neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliah), lalu Allah selamatkan kamu dari Neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayatNya
Mufti Perak: Bersatu selagi ada iman
Wartawan Sinar Harian
 21 Februari 2013
Harussani Zakaria
Harussani Zakaria
IPOH -  Umat Islam di negara ini tidak harus berpecah disebabkan parti politik kerana mereka mengucap dua kalimah syahadah yang sama.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, pihak yang tidak mahu bersatu dan mahu memecahbelahkan umat Islam seolah-olah membawa ajaran sesat.

Sambil melihat Umno dan Pas mempunyai ruang untuk bersatu, beliau menasihatkan orang Islam supaya tidak bergaduh sesama mereka disebabkan berpolitik.

“Saya nampak masih ada harapan untuk mereka (Umno dan Pas) bersatu selagi mereka ada iman,” katanya.

Menurutnya, tindakan itu juga membawa kepada usaha memutuskan hubungan silaturahim sesama Islam dan hukumnya haram.

“Kita tidak boleh putuskan silaturahim sesama Islam semata-mata untuk bekerjasama dengan kafir harbi yang terang-terang menolak Islam.

“Tahalluf siyasi (kerjasama politik) tidak boleh dibuat jika benarkan perkara yang dilarang oleh syarak,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Harussani berkata, dalam al-Quran jelas menyatakan golongan kafir itu adalah golongan orang-orang yang zalim.

Beliau berkata, jika sekiranya timbul rasa marah atau tidak puas hati terhadap kepimpinan Islam yang sedia ada, wajib untuk menegur untuk membetulkan mereka.

“Kalau marah sekalipun, wajib betulkan dan menasihati mereka, bukan menjatuhkan atau membawa perpecahan dalam kalangan umat Islam.

“Akibatnya, agama dan bangsa akan hancur. Sebab itulah setiap orang Islam wajib bersatu padu,” katanya

Kelmarin, Pemangku Raja Perak, Raja Dr Nazrin Shah bertitah terdapat andaian jika dua kabilah politik Melayu yang saling berpengaruh kembali bercantum, akan tercapailah perpaduan ummah di negara ini.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.