Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

ANALISIS POLITIK DANGKAL

2 faktor Pas, Umno tidak mungkin bergabung
SALMIAH DRUHAMAD DRAHSIN
24 Februari 2013
Penganalisis Politik, Prof Dr Ahmad Atory Hussain
Penganalisis Politik, Prof Dr Ahmad Atory Hussain
SHAH ALAM - Tiadanya rasa hormat dan musuh bersama menyebabkan kerjasama politik antara Pas dan Umno demi perpaduan ummah di negara ini sukar dibentuk, apatah lagi dalam keadaan sekarang.

Penganalisis Profesor Dr Ahmad Atory Hussain berkata, kedua-dua faktor itu menyebabkan Pas merasa tidak ada keperluan bagi mereka menjalin kerjasama politiknya dengan Umno.

"Kali ini memang susah. Dalam politik memang susah.
"Kalau kita hendak bergabung dengan satu kumpulan, kita mesti hormat dia, dia juga hormat kita. Tetapi penghormatan mereka terhadap Umno itu tidak ada," katanya dalam satu wawancara khas bersama Sinar Harian Online.

Menurut Atory, sikap yang dipamerkan Pas menunjukkan parti itu merasa "selamat" dengan kerjasama dalam Pakatan Rakyat meskipun dahulu bermusuh dengan salah satu sekutunya dalam perikatan pembangkang itu.

"Kalau dulu musuh bersama ini, kita lihat 13 Mei dulu mengancam orang Melayu. Menganggap semua cauvinis Cina musuh Pas dan musuh Umno.

"Sekarang ini DAP tidak dianggap musuh. Sedangkan dulu DAP ini musuh Pas. Pas menganggap ia tidak boleh berkawan dengan DAP dan MCA pun dianggap musuh suatu masa dulu," kata Atory.

Keadaan bagaimanapun sudah berubah selepas pilihan raya umum yang lalu walaupun setelah penggabungan itu Pas dilihat menjadi parti yang tersepit di tengah-tengah antara DAP dan PKR demi mencapai cita-cita politik berada di Putrajaya.

Bahkan demi menghalalkan kerjasamanya dengan gabungan pembangkang, Pas dilihat terus mengecam Umno-Barisan Nasional dengan dakwaan-dakwaan yang tidak berasas dan munasabah.

"Termasuk ulama-ulama yang sokong Umno juga mereka rendah-rendahkan.

"Malah mereka menganggap perlembagaan ini perlembagaan Umno. Perlembagaan yang bukan Islam. Perlembagaan Malaysia ini mereka tidak hormat. Mereka lebih suka menggunakan al-Quran sebagai perlembagaan," ujar Atory lagi.

Malah Pas jugalah yang memomok-momokkan bahawa Umno ini parti tidak Islam, kurang Islam, sekular dan barat.

"... walhal sebenarnya tidak begitu. Saya nampak dari sikap Pas ini mereka tidak mahu mengalah dengan Umno. Mereka merendah-rendahkan Umno ini," katanya.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam satu ucapan di Himpunan Perdana Ummah bersama Pas awal bulan ini berkata, parti itu sama sekali tidak akan kembali menjalin kerjasama politik dengan Umno.

Katanya, Pas tidak akan sesekali membenarkan dirinya 'dipatuk' sekali lagi oleh Umno.
"Kita sudah bekerjasama sebelum ini dan kita telah dikhianati. Kita tidak akan adakan sebarang kerjasama politik lagi dengan Umno.

"Kita tidak akan dipatuk melalui satu lubang yang sama sekali lagi," katanya yang dilihat tegas dengan kerjasamanya dalam Pakatan Rakyat.

Namun begitu, pada minggu lalu, Hadi tampil dengan penegasan baru bahawa parti itu juga rela keluar dari Pakatan Rakyat sekiranya kerjasama dalam pakatan pembangkang itu merugikan Melayu dan Islam.

“Sekiranya Pakatan tersebut merugikan Islam dan Melayu, Pas keluar PR! Tidak ragu-ragu lagi,” katanya sambil menambah, setakat ini kerjasama Pas dalam Pakatan Rakyat tidak merugikan kaum majoriti di negara ini.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.