26 Februari, 2013
Akhirnya.. Zahid Hamidi Berani Saman Rafizi
KUALA LUMPUR 26 FEB: Setelah hampir sebulan menunggu saman daripada
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, akhirnya surat saman Menteri Pertahanan
itu diterima Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli semalam.
Saman itu berkaitan pendedahan mengenai penyelewengan wang pesara tentera dalam Boustead Holdings Berhad.
Sebelum ini, Rafizi hanya diberi surat tuntutan oleh Zahid. Rafizi
minggu lalu menyatakan kesediaannya untuk ke mahkamah walaupun masih
menanti surat saman daripada Zahid.
Katanya, beliau lebih bersedia selepas mendapat akses maklumat perjanjian dalam Boustead.
“Saya tak sabar nak tunggu Zahid mempertahankan dirinya di mahkamah
kelak,” kata Rafizi sambil menegaskan Zahid gagal menjaga kebajikan
anggota tentera.
“Hari ini (semalam) juga saya terima writ saman dari Zahid Hamidi, case management hari Rabu,” kata Rafizi di twitternya.
“Yeah jumpa di court,” tulis Rafizi lagi kepada Pengarah Guaman KEADILAN, Latheefa Koya, selaku peguamnya.
Rafizi sebelum ini membeli 100 unit saham Boustead dengan harga RM4.86
seunit, bagi membolehkannya menjadi pemegang kepentingan Boustead dan
mendapat dokumen Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).
Zahid dilaporkan memfailkan writ saman menerusi Tetuan Majid Krishna
Menon & Lee di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi pada 25 Januari
lalu. ~keadilandaily
0 orang berkata:
Post a Comment