Friday, February 22, 2013
Umno perguna masjid; PAS Gopeng serah memorandum pada JAIPk
22 Februari 2013- Ipoh
Rentetan
sikap UMNO yang tidak beradab menggunakan masjid sebagai sasaran
program kepartian walaupun atas nama munajat dan ceramah agama, PAS
Kawasan Gopeng mengambil inisiatif menghantar memorandum kepada Pengarah
JAIPk Dato' Haji Mohd Yusop bin Haji Husin D.P.M.P , P.M.P , A.M.N untuk diambil tindakan sewajarnya.
PAS
Kawasan Gopeng menganggap perbuatan menggunakan logo parti dalam dua
program UMNO yang diterajui oleh YB Datuk hamidah dan penceramah UMNO
terkenal Us kazim Elias sebagai perbuatan yang tidak beradab kerana ia
menyalahi dan melanggar titah Yang Mula Raja Muda sebelum ini. Malah
UMNO yang kini giat berkempen menyokong institusi istana dan Islam juga
kelihatan melanggar arahan Mufti Perak agar menghindar sebarang objektif
kepartian di masjid-masjid.
Menurut
Tuan Haji Abd Rahim, pihak PAS Gopeng akan turut menghantar surat
permohonan kepada jawatankuasa masjid berkenaan agar dibenarkan juga PAS
menggunakan premis masjid sekiranya tiada tindakan atau teguran
daripada pihak JAIPk.
Memorandum
yang dihantar tersebut diserahkan melalui wakil PAS Kawasan Gopeng,
Tuan Haji Abd Rahim (YDP PAS Gopeng), Ustaz Radzi Zainon (Tim YDP) dan
Muhammad Nuruddin Bashah (Penerangan MTD Sg Rapat) kepada Pembantu
Peribadi (PA) yang berbahagia Dato' Pengarah sendiri.
Muhammad Nuruddin Bashah
Penerangan MTD Sg Rapat
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih
MEMORANDUM
KEPADA : Dato' Haji Mohd Yusop bin Haji Husin D.P.M.P , P.M.P , A.M.N
Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk)
Kompleks Islam Darul Ridzuan,
Jln Panglima Bukit Gantang Wahab,
30000 Ipoh, Perak
20 Februari 2013
BANTAHAN
TERHADAP PENGGUNAAN LOGO KEPARTIAN DAN PROGRAM BERBENTUK KEPARTIAN DI
MASJID-MASJID MAHUPUN PREMIS MASJID DI PARLIMEN GOPENG
--------------------------------------
Daripada : PAS KAWASAN GOPENG
Pihak
PAS Kawasan Gopeng ingin mengemukakan Memorandum Khas kepada Pengarah
JAIPK Dato' Haji Mohd Yusop bin Haji Husin D.P.M.P , P.M.P , A.M.N bagi
mempertimbangkan tindakan wajar untuk menghalang pihak tertentu
menggunakan premis masjid sebagai lokasi aktiviti kepartian.
Latar belakang:
Pihak
PAS Kawasan Gopeng menjunjung tinggi titah Yang Mulia Raja Muda Negeri
Perak serta nasihat daripada pihak Mufti Perak sebelum ini berkenaan
larangan menjadikan masjid sebagai gelanggang berpolitik. Malah PAS
tidak pernah menaikkan sebarang bendera atau logo kepartian di kawasan
masjid atau pada iklan-iklan, baner ceramah anjuran jawatankuasa masjid
kerana percaya ia boleh mengundang ketidakselesaan dan menganggu
keharmonian perpaduan di dalam kariah.
Pada
tahun 2010, Yang Mulia Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah pernah
bertitah bahawa Baginda mahukan pegawai agama bebas daripada politik
kepartian atau pengaruh mana-mana pemimpin dan kumpulan politik dalam
melaksanakan amanah serta tanggungjawab urusan agama Islam.
Titah
Baginda titah baginda pada majlis sembah menghadap Orang Besar Jajahan
Perak dan pegawai tadbir agama daerah di Kompleks Islam di Ipoh antara
lain menegaskan bahawa Masjid dan surau tidak wajar dijadikan pentas
untuk permainan politik, sebaliknya hendaklah menjadi instrumen
perpaduan untuk menyatupadukan ummah.
Manakala
kenyataan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria pernah menasihati umat
Islam termasuk pihak kepartian agar tidak menggunakan surau dan masjid
sebagai `gelanggang' berpolitik sepanjang bulan Ramadan dan juga pada
hari-hari lain.
Tindakan UMNO Gopeng yang diterajui oleh YB Datuk Hamidah;
· Menganjurkan
ceramah Agama oleh Us Kazim Elias di Masjid Kg Rapat Jaya Tambahan
pada 20 Feb 2013 dengan menggunakan baner bercetak logo UMNO dan Barisan
Nasional.
. Menganjur
Munajat dan solat hajat di Masjid Pengkalan Pegoh pada 19 Feb 2013 juga
dengan baner yang berlogokan parti UMNO dan Barisan Nasional.
Walaupun
baner tidak dipasang di kawasan masjid, namun program tersebut ternyata
dibuat di masjid, memasukkan logo parti seolah-olah usaha menampilkan
penganjur adalah pihak politik.
Penutup:
Kami
berharap agar pihak JAIPk akan berlaku adil dalam menangani isu ini
memandangkan misi dan visi JAIPk sendiri adalah untuk mengurus selia
masjid-masjid agar menjadi medan perpaduan umat islam di negeri ini.
Objektif
Bahagian Pengurusan Masjid dan Surau juga meletakkan sasaran untuk
mengembalikan fungsi dan peranan Masjid sebagaimana yang dikehendaki
oleh Syarak serta menjadikan masjid sebagai pusat kegiatan Umat Islam,
pusat penyebaran ilmu dan maklumat amat dihormati oleh pihak PAS Kawasan
Gopeng.
Yang Benar,
Hj Abd Rahim bin Md Ariff
YDP PAS Kawasan Gopeng
Radzi Bin Zainon
Timbalan YDP Pas Kawasan Gopeng
PAS Kawasan Gopeng, 23A, Persiaran Sepakat 3, Taman Indah Jaya, 31350 IPOH
Sumber: blog landskapsiasah
0 orang berkata:
Post a Comment