Tuesday, February 26, 2013
Terserlah - Seorang lagi pencacai baru Najib menyeru sokong BN
Dengan
berjawatan sebagai Presiden kesatuan pekerja,, dapat pingat Datuk,, nak
kata hebat atau cerdiakawan tak pulak,, kalau bercakap pun
tergagap-gagap...maka tak hairanlah sanggup jadi pencacai ....
Setahu aku tak ada dalam mana-mana akta atau arahan yang anggota pegawai kerajaan kena sokong/undi parti umno... tak ada..
Malah aku dalam tentera selama 21 tahun berkhidmat pun tak ada pegawai atasan aku yang memberi arahan agar menyokong umno,,.
Jadi atas dasar apa si Omar gagap ni sibuk nak suruh penjawat awam sokong bn,,,, nak sambung kerja sampai umuq 65 kut...
Penjawat awam kena ingat,, Pakatan Rakyat boleh memberi yang lebih baik daripada kerajaan umno...Tak percaya tukarlah dahulu... bagi PR memerintah di putrajaya,, Insyaallah, kerajaan yang baru lebih baik dari yang lama,,, yang dah berusia lebih setengah abad.. memang patut pun ditukar,,,
ini
Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam
(CUEPACS) Datuk Omar Osman buat kenyataan kata hati penjawat-penjawat
awam 'sudah sejuk', hari ini secara terbuka beliau minta penjawat awam
termasuk pesara kerajaan sokong Barisan Nasional (BN) dalam pilihanraya
umum ke 13 nanti.
Kenyataan
Presiden CUEPACS itu dilihat sebagai satu perkembangan menarik kerana
selama ini pertubuhan tersebut sering bersikap kritikal meluahkan
pandangannya terhadap dasar-dasar kerajaan.
Perubahan pandangan ini berikutan berbagai penambaikan dan transformasi dalam sektor itu yang dilakukan oleh kerajaan BN.
Menurut
Omar, kerajaan BN di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib
Tun Razak telah melakukan banyak penambahbaikan dalam sektor itu dengan
memberikan 18 manfaat, antaranya kenaikan gaji, pangkat, gaji minimum
dan gaji maksimum.
"Sudah
bagus sekarang kerana skim pencen pun naik sebanyak dua peratus
setahun. Pesara kerajaan perlu taat setia kepada kerajaan sekarang.
"Sebagai
pemimpin kesatuan, saya menasihatkan ahli-ahli sebagai anggota
perkhidmatan awam, kita patut tahu mana yang baik dan buruk," katanya.
Sehubungan
itu, beliau berkata golongan itu perlu menghargai setiap pemberian
kerajaan kerana sekiranya pembangkang memerintah negara ini segala
manfaat belum tentu kekal.
Beliau
juga berkata penjawat awam perlu bersiap sedia dan melakukan
transformasi minda apabila kerajaan melaksanakan transformasi sektor
perkhidmatan awam.
"Sama
ada berpendapatan tinggi dan boleh atau tidak buat kerja, kita perlu
bersiap sedia. Kalau tidak boleh, baik berhenti sahaja," katanya.
Mengenai
Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0, beliau berkata pemberian bantuan
itu membuktikan BN prihatin terhadap golongan rakyat berpendapatan
rendah termasuk penjawat am.
"Tidak
ada benda yang tidak boleh dibuat kerana negara sekarang mempunyai
banyak wang. Orang tidak ada kerja pun dapat wang," katanya.
Bantuan
RM500 diberikan kepada setaip isirumah dan RM250 seorang kepada
golongan bujang yang berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah di bawah
program BR1M.
CUEPACS
merupakan gabungan yang terdiri daripada 100 kesatuan sekerja sektor
awam yang menaungi 1.4 juta penjawat awam serta 500,000 pesara kerajaan.
Pada
21 Febuari lalu, Omar dalam satu pertemuan dengan lebih 3000 pemimpin
CUEPACS mengatakan gabungan tersebut sudah sejuk hati dan akan jadi
tiang seri dan enjin penting kepada kerajaan.
Malah
kata omar selaon 1.4 juta penjawat awam serta jika diambil kira ahli
keluarga mereka, ada kira-kira 8 juta yang boleh memastikan kerajaan
sedia ada kekal demi menjamin penjawat awam mendapat pelbagai manfaat.
“Tidak ada sebab untuk menukar kerajaan yang sedia ada kepada pihak yang belum tentu dapat menjamin apa-apa.
“Tidak
pernah satupun cadangan yang dikemukakan oleh CUEPACS kerajaan tolak.
Sebagai contoh ialah tuntutan kenaikkan dua peratus wang pencen kepada
pesara penjawat awam,” katanya.
Maksud Omar jangan yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.-26/2/2013
Setahu aku tak ada dalam mana-mana akta atau arahan yang anggota pegawai kerajaan kena sokong/undi parti umno... tak ada..
Malah aku dalam tentera selama 21 tahun berkhidmat pun tak ada pegawai atasan aku yang memberi arahan agar menyokong umno,,.
Jadi atas dasar apa si Omar gagap ni sibuk nak suruh penjawat awam sokong bn,,,, nak sambung kerja sampai umuq 65 kut...
Penjawat awam kena ingat,, Pakatan Rakyat boleh memberi yang lebih baik daripada kerajaan umno...Tak percaya tukarlah dahulu... bagi PR memerintah di putrajaya,, Insyaallah, kerajaan yang baru lebih baik dari yang lama,,, yang dah berusia lebih setengah abad.. memang patut pun ditukar,,,
0 orang berkata:
Post a Comment