Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Hadi: 'Masalah di Kedah bukan masalah besar'
NORSHAHZURA MAT ZUKI
21 Februari 2013
hadi awang
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang 
 
KUALA LUMPUR – Pas menganggap isu kepimpinan Pesuruhjaya Pas Negeri Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak hanyalah berita pilihan raya, namun tidak menafikan wujud masalah dalaman parti itu di Kedah.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendakwa ia diperbesarkan media dan masalah tersebut akan diselesaikan dalam masa terdekat.

Menurutnya, masalah dalaman Pas adalah perkara biasa seperti mana yang berlaku dalam kepimpinan tertinggi Umno yang tidak disiarkan media.

“Masalah di Kedah bukan masalah besar. Kita akan selesaikan masalah parti, kita tidak seperti Umno akan memanggil Tun Dr Mahathir Mohamad untuk selesaikan masalah,” katanya kepada media selepas merasmikan Treler Negara Berkebajikan di ibu pejabat Pas, hari ini.

Hadir sama di program itu ialah Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali serta beberapa kepimpinan Pas lain.

Abdul Hadi berkata, Pakatan Rakyat (PR) akan menyelesaikan semua masalah dan yakin rakyat akan memberikan kepercayaan kepada mereka serta mengharapkan media memberikan hak siaran dengan adil.

Ketika ditanya mengenai adakah Azizan akan dicalonkan dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), Abdul Hadi mengakui nama Azizan ada dalam senarai pencalonan.

“Tunggu hari penamaan calon. Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din, insya-ALLAH juga akan bertanding,” katanya.

Selain itu, Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang enggan mengulas mengenai pertanyaan media berhubung Ikrar Integriti Pilihan Raya yang ditandatangani oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam.

“Tidak perlu 'sign' (tandatangan), yang penting dalam hati. 'Sign' (tandatangan) atau tidak, kita dalam hati, tarbiah dalam hati.

“'Tandatangan tidak penting tetapi buktikan. Itu merupakan konsep acuan kita sendiri, kita buktikan pada tahun 1990 memerintah Kelantan tidak ada salah laku. Kesilapan salah laku berlaku dalam Barisan Nasional,” katanya.

Mengulas mengenai pelancaran treler tersebut, Abdul Hadi berkata, ia sebagai jentera bergerak yang akan digunakan pada kempen pilihan raya akan datang ke seluruh negara.

Sementara itu, Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata, kos treler itu ditanggung oleh ahli Pas sendiri dan kempen pilihan raya pertama menggunakan jentera tersebut adalah di Pendang, Kedah pada 23 Februari ini.

Harga bas tersebut ialah RM300,000, mempunyai kemudahan wifi, dilengkapi sistem audio dan pentas sepanjang 40 kaki.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.