Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

UMNO SELANGOR BEREBUT JAWATAN MB- ? EZAM BAKAL MB

Pakatan lihat pertembungan antara fraksi Umno S'gor
   

  Andrew Ong
   Feb 25 2013

   
Pelantikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai pengarah pilihan raya BN Selangor menimbulkan lebih banyak spekulasi berhubung pertembungan antara fraksi dalam Umno negeri.

Timbalan pesuruhjaya PAS Selangor Khalid Samad berpendapat, tindakan itu mungkin bertujuan untuk menghalang perebutan kuasa antara pemimpin tertinggi dalam Umno negeri untuk jawatan menteri besar sekiranya BN berjaya merampas semula pentadbiran Selangor.

MP Shah Alam itu memberitahu Malaysiakini bahawa perkembangan itu menunjukkan BN tidak mempunyai calon menteri besar dan tidak dapat mengenalpasi kepimpinan BN negeri.

Dua pemimpin BN Selangor yang dilihat sebagai calon menteri besar ialah koordinator BN negeri Datuk Seri Mohd Zin Mohamed dan timbalannyam Datuk Seri Noh Omar.

Namun kedua-duanya antara lainnya dilihat tidak dapat bertemu mata dalam soal strategi pilihan raya.

Jelas, Najib mengelak daripada memilih calon MB menjelang pilihan raya umum bagi mengelakkan sabotaj dari fraksi yang tidak dipilih.

Setiausaha PKR Selangor Amiruddin Shaari berkata tindakan memperbesarkan peranan Najib di negeri itu menunjukkan bahawa BN tidak yakin.

"Nampaknya mereka seperti dalam keadaan panik. Jelas wujud perpecahan di kalangan pemimpin negeri mereka," kata ADUN Batu Caves itu.-MALAYSIAKINI Read More “UMNO SELANGOR BEREBUT JAWATAN MB- ? EZAM BAKAL MB”  »»

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.