Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Khamis, 21 Februari 2013

PRU13 : Kita tidak boleh kehilangan Najib – Taib.....rakyat kata boleh blah....!!!!

MIRI  -  Barisan Nasional (BN) Sarawak akan berjuang berhabis-habisan bagi memastikan Datuk Seri Najib Razak mendapat mandat besar dalam pilihan raya umum ke-13 agar terus menerajui negara, kata Pengerusi BN Negeri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud. 

Beliau, yang juga Ketua Menteri, berkata Perdana Menteri sering melawat Sarawak sejak menerajui kepimpinan negara dan memahami isu dan aspirasi masyarakat berbilang kaum di negeri ini.

Berucap pada majlis makan malam sempena sambutan Tahun Baru Cina anjuran Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) di sini malam tadi yang turut dihadiri Najib, beliau berkata beliau yakin Najib akan melaksanakan konsep 1Malaysia dengan mempromosi perpaduan dan kemajuan yang lebih besar sekiranya beliau terus diberi mandat.

“Sebarang kemajuan yang kita kecapi setakat ini, sebarang perkara baik yang dapat kita lakukan untuk negeri kita, akan mendapat lebih pengukuhan dan sokongan dari kerajaan persekutuan apabila anda (Najib) menjadi perdana menteri,” katanya.

Taib berkata rakyat tidak boleh kehilangan Najib yang telah membuktikan beliau pemimpin terbaik negara.

Presiden SUPP, Datuk Seri Peter Chin yang turut berkongsi sentimen dengan Taib berkata walaupun pilihan raya belum diumumkan, pembangkang telah berada dalam dilema untuk mencari orang yang layak memimpin sekiranya mereka menang.

Beliau berkata pemimpin pembangkang sama ada tidak layak atau tidak memiliki pengalaman untuk menerajui kepimpinan negara kerana tidak berfikiran terbuka dan tidak berkeupayaan membuat keputusan yang betul.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.