Sunday, February 24, 2013
PDRM sediakan 112,000 anggota hadapi PRU-13
KUALA LUMPUR — Seramai 112,000 anggota polis akan terlibat bertugas pada
Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), kata Timbalan Pengarah Jabatan
Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (PGA/Pengurusan
Sempadan/Kawalan Keselamatan Lapangan Terbang Antarabangsa), Datuk
Muhammad Fuad Abu Zarim.
Muhammad Fuad berkata, anggota ini terdiri dari pelbagai pangkat dari
semua cawangan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menjalani latihan
termasuk latihan amal ex ballot III hari ini dan esok.
Beliau berkata, mereka juga telah melalui beberapa siri latihan bermula
awal tahun ini bagi mempersiap minda dan kesediaan fizikal. "Sebelum ini
mereka telah melalui dua siri latihan, siri pertama berbentuk table
talk iaitu perbincangan mengenai penugasan semasa PRU13.
"Siri kedua ialah dalam bentuk perbincangan serta tindakan dan bagi siri
ketiga (ex ballot III) ia dilakukan secara live exercise di medan,”
katanya kepada Bernama di sini hari ini. Namun bagi siri latihan ketiga
ini, Muhammad Fuad berkata ia hanya akan dilakukan di Perak sahaja,
memandangkan negeri itu antara negeri yang besar di Malaysia.
"Seramai 280 angggota dari Bukit Aman akan mengendali dan mengawasi
latihan di Perak. Bagi lain-lain negeri mereka hanya akan melalui
sehingga siri kedua latihan sahaja,” katanya. — BERNAMA
0 orang berkata:
Post a Comment