Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Azizan: Semua Exco layak jadi MB Kedah
Wartawan Sinar Harian
21 Februari 2013
Azizan Abdul Razak
Azizan Abdul Razak

ALOR SETAR -  Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, semua pengerusi jawatankuasa peringkat negeri atau Exco layak menyandang jawatan itu.
Mengulas kenyataan Timbalan Pesuruhjaya 1 Pas Kedah, Datuk Phahrolrazi Zawawi baru-baru ini yang mengatakan bahawa beliau bersedia menjadi Menteri Besar, Azizan berkata:

"Semua exco layak jadi Menteri Besar kecuali bukan Melayu."

"Semua ahli Pas Kedah juga layak jadi Menteri Besar, tapi yang penting sekarang nak kena menang pilihan raya dulu," kata beliau lagi.

"Sekarang ni saya berpuas hati dengan Pas Kedah, dan persiapan sudah berada pada 'gear empat', semua sudah standby (bersedia) untuk pilihan raya umum," katanya kepada pemberita selepas majlis angkat sumpah Menteri Besar dan barisan Exco negeri di Istana Anak Bukit Bukit di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Azizan dipetik Bernama menegaskan bahawa beliau tidak perlu memohon maaf kepada kakitangan Kolej Universiti Insaniah (Insaniah) yang didakwanya sebagai ejen Umno kerana sering membuat bantahan terhadap pengurusan kolej universiti itu.

Azizan berkata, beliau tidak kisah dengan desakan sekumpulan kakitangan yang mahu permohonan maaf dibuat kerana telah mengheret mereka ke dalam kancah politik.

"Nak mohon maaf pasai apa? Memang depa ejen Umno, sebab tu Shahrizat (Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil) bela depa. Saya tak hairan sebab mereka (kakitangan) ni ada masalah sikit, panggil wartawan cakap kat televisyen.

"Kalau mereka (kakitangan) benar-benar ikhlas, sepatutnya depa mai (mereka datang) jumpa saya... depa ni semua orang pandai," katanya.

Beliau mengulas desakan kakitangan Insaniah yang kesal kerana dituduh sebagai ejen Umno, sedangkan mereka mendakwa tidak pernah dibayar mana-mana parti politik, sebaliknya hanya berjuang untuk hak dan kebajikan masing-masing.

Mengenai desakan Shahrizat supaya Menteri Besar Kedah menubuhkan satu jawatankuasa bagi menyiasat dan mengaudit isu dan dakwaan yang ditimbulkan kakitangan Insaniah, Azizan berkata ia tidak perlu.

"Nak siasat apa? Kalau nak siasat pi (jumpa) SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) la," kata Azizan.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.