Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Wacana Sinar Kuasa Politik Mahasiswa sedang berlangsung
Wartawan Sinar Harian 26 Februari 2013
Wacana Sinar Kuasa Politik Mahasiswa Wacana Sinar Kuasa Politik Mahasiswa
SHAH ALAM - Wacana Sinar Siri 17, yang mengupas topik Kuasa Politik Mahasiswa, sedang berlangsung di Auditorium Kompleks Kumpulan Media Karangkraf di sini.
Ahli panel terdiri daripada bekas aktivis pergerakan mahasiswa, Tun Faisal Ismail Aziz, Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad; Tun Faisal, penganalisis politik, Prof Dr Azmi Hassan; Timbalan Presiden Majlis Belia Malaysia, Muammar Ghadafi dan Presiden Gabungan Mahasiswa Islam (Gamis), Azan Safar.

Moderatornya ialah Prof Datuk Mohamad Abu Bakar.

Wacana ini akan mengupas lebih lanjut mengenai isu Auku yang memberikan kuasa politik kepada mahasiswa sekaligus sejauhmana mampu mengubah landskap politik.

Selain itu kupasan akan dilakukan berdasarkan adakah ruang dan peluang yang diberi selaras dengan pindaan Auku yang dipersetujui.

Ikuti intipati wacana:

3 petang: Wacana bermula dengan penerangan moderator
Tun Faisal: Saya ambil pendirian, kita depani landskap baru ada perubahan transformasi yang buka sedikit kepada pendidikan

Tun Faisal: Lebih baik kita bagi kebebasan kepada pelajar.

Tun Faisal: Bila sudah, medan ini terbuka, bukan lagi jadi masalah, pelajar boleh bagi sokongan secara terbuka, mereka boleh jadi calon

Nik Nazmi: Kita (Pakatan) nyatakan secara jelas apabila 100 hari pertama PR perintah, akan mansuhkan Auku

Dr Azmi: "Adakah itu satu pembaziran sumber manusia akibat Auku?"

Dr Azmi: "Auku sebagai kambing hitam kenapa pelajar kata jumud fikiran?"

Dr Azmi: "Ketika (1980-an) tak ada masalah, Auku tak kekang aktiviti pelajar tapi bergantung kepada pelajar itu sendiri."

Dr Azmi: "Selepas dua tahun Auku dipinda, masih berlaku kejumudan akitivis."

Muammar: Ada satu konsep dalam MBM, bincang semua isu berkaitan belia, tak kira sensitif atau tidak, selagi tidak bertentangan dengan Perlembagaan
Azan dari Gamis: Kena lihat sifat dan jiwa mahasiswa;  mahasiswa umpama harimau. Kalau sampai masanya ia akan mengaum
Azan dari Gamis: Perkara pertama yang perlu dilihat tentang orang muda adalah sifat bangun dan bangkang.
Azan dari Gamis: Mereka akan bangkit jika lama dikongkong kerana orang muda mahukan kebebasan. Kita boleh lihat dalam isu Auku

Nik Nazmi: Pelantikan naib canselor juga tidak boleh ditentukan oleh menteri pengajian tinggi lagi kerana ia tidak akan wujud kebebasan akademik.

Muammar: MBM meruapakan NGO yg pentingkan perpaduan, dan resam org muda. Apa juga aspirasi orang muda, adalah isu yang dibawa oleh MBM

Muammar: Setiap perkara dan isu yang timbul akan dibincangkan secara intelektual.

Tun Faisal: Nak diperjuangkan kebebasan apa, politik atau akademik

Tun Faisal: Kalau akademik, saya tak yakin Auku itu mengekang pelajar beraktiviti

Tun Faisal: "Berpolitik secara hina dan lain-lain yang dibawa ke dalam kampus itu bagaimana?"

Jawab soalan "siswa bendul, bagaimana MBM tangani?" Muammar jawab, "saya tak setuju kenyataan Prof Mohammad Abu Bakar."

Muammar tambah, "kena tengok kenapa topik ini (wacana) jadi perbincangan hangat?"

Tambah Mummar: "Sebab orang muda ada nilai ilmu. MBM menaruh kepercayaan pada mereka..."

Muammar: "... bahawa dengan nilai ilmu yang ada boleh buat mereka bergerak. Saya cukup terasa dgn kenyataan itu (siswa bendul)."

Nik Nazmi: "Bagi saya bersifat partisan atau tidak, ia terpulang kepada mahasiswa untuk memilih."

Nik Nazmi: "Kalau hendak cakap tentang non-partisan, kita kena bersifat adil"

Azan Gamis: Rasa cakna kepada politik sangat lemah

Azan Gamis: "Politik sebahagian daripda akademik - kita harus tahu; bukan mahu wujudkan politik gaduh."

Azan Gamis: "Kita tidak beri kepercayaan kepada mahasiswa - kita anggap mereka lemah."

Tun Faisal: Auku untuk pastikan pensyarah dan pelajar tidak partisan

Tun Faisal: Jika politik lebih baik interprestasikan dalam parti, hal ini tidak pernah dihalang

Tun Faisal: Jika Auku halang pemikiran hebat, itu bukan salah Auku tapi kepimpinan itu sendiri

Azan: "Kita bukan mahu wujudkan politik bergaduh, sebaliknya politik intelektual tetapi tiada ruang diberi."

Azan: "Kita perlu betulkan semula sistem pendidikan, bukannya Auku."

Dr Azmi: "Tidak kisah pelajar menyokong sesiapa apabila keluar, realitinya berlainan..."

Dr Azmi menambah, "... mereka lalui zaman universiti, penting buat keputusan kerana kepentingan kedaulatan dan keselamatan..."

Kata Dr Azmi, "pelajar pergi BTN, hak pelajar untuk sebelahi mana-mana parti... kes Lahad Datu tak dibincang dgn luas... bukan kerana pelajar jumud."
Muammar: "MBM cukup sedar mana-mana parti politik tidak wakili 50% rakyat Malaysia. Begitu juga persatuan."
AKAN MENYUSUL

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.