Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

CUKUP LA ORANG TAHU SIAPA FADHILAH KAMSAH


Dato' Dr.Mohd Fadzilah Kamsah Mohon Maaf.. Jom Terjah!!



Susulan tersebarnya artikel panas dan video 
kenyataan pakar motivasi terkenal Dato' 
Dr.Mohd Fadzilah Kamsah (foto) baru-baru ini 
maka seluruh negara kecoh dibuatnya. Malah, 
artikel Pahang Daily Online (PDO) berkenaan
 isu itu telah mendapat rating tertinggi sejak 
blog ini beroperasi. Lebih 50,000 pelawat telah
 membaca artikel tersebut. 


Namun atas dasar 
kemanusian, kami dengan rendah diri akhirnya
 mengeluarkan semula artikel itu dari blog ini 
beberapa hari yang lalu. Bagi kami apa yang 
sudah lepas itu biarlah ia berlalu dan mana 
yang baik jadikanlah ikhtibar kepada semua
 pihak agar lebih berhati-hati dalam 
mengeluarkan kenyataan terutamanya 
yang berbaur politik selepas ini. Tindakan 
kami mengeluarkan artikel tersebut tidak 

disenangi oleh sesetengah 
pihak sebenarnya. 



Namun, bagi kami itulah 

tanggungjawab blog ini. 
Malah kami juga akan menarik balik penyiaran 

video kenyataan 
beliau mulai esok selepas dia mengaku salah 

dan telah 
membuat permohonan maaf atas keterlanjurannya itu. 
Justeru, di bawah ini kami paparkan kenyataan daripada 
beliau terhadap kontroversi yang melanda beliau dan 
keluarganya baru-baru ini.


Kenyataan Maaf Dari Dato' Dr.Mohd Fadzilah Kamsah

"Pertamanya saya memohon ampun & maaf kpd semua 
pihak yg tersinggung dgn komen saya tersebut. Saya cuma 
seorg rakyat biasa & bkn bercakap sbg org politik. 

Saya langsung 
tidak bermaksud utk memalukan mana2 pihak. Amat malang sekali 
bila komen saya di politikkan hingga menyebabkan kemarahan 
berbagai pihak. Rakaman temuramah tersebut di lakukan di PWTC 
selepas majlis Bantuan Amal Palestin. Saya telah di temuramah 
lebih 10 kali oleh berbagai stesyen TV, radio, akhbar, majalah & 
blogger. Suasana sekitar yg agak bising menyebabkan saya 
menguatkan suara saya utk menenggelamkan kebisingan di 
persekitaran. Ini menyebabkan suara saya di anggap kasar 
bila menjawab soalan2 yg di ajukan. Bila dah menjawab terlalu 
byk soalan, maka soalan drp blogger (penemuramah terakhir) 
saya jwb dlm kedaan yg tergesa gesa &  mungkin tak berfikir 
dgn mendalam. Bila bercakap tentang kezaliman, saya memberikan 
pandangan secara umum & membandingkan situasi di Malaysia dan 
situasi & penderitaan rakyat Palestin. Di Majlis Bantuan Amal palestin 
itu kita telah di terangkan melalui ucapan YABhg Tun Dr Mahathir 
Mohamad, mengenai kezaliman Israel terhadap saudara seIslam 
kita di Palestin. Itu sebab saya katakan, berbanding penderitaan 
rakyat Palestin, kita di Malaysia amat bahagia & tidak di zalimi. 
Inilah konteks hujah saya ketika itu. Sejak kecil saya telah di didik 
oleh ibubapa & guru2 saya utk sentiasa berbuat baik kpd org lain, 
membantu org lain setakat kemampuan & mendoaakan kebaikan 
org lain. Justeru, saya amat sedih bila org mendoakan kehancuran 
saudara seIslam sama ada di Malaysia atau di mana2 di dunia ini. 
Saya juga amat sedih jika tindakan kita itu di salah ertikan oleh org 
bukan Islam di Malaysia. Tindakan sedemikian juga boleh memberi 
ganbaran yg kurang positif kpd anak2 yg masih belum mampu berfikir 
dgn rasional spt org dewasa. Saya yakin masih byk cara yg lebih tertib 
& berhikmah yg boleh di gunakan. Saya lihat diri saya sebagaai guru 
& pendakwah kerdil (walaupun saya bkn ustaz &jahil agama), 
dan akan berterusan mencari ilmu, berkongsi ilmu & membantu 
sesiapa saja yg perlukan bantuan nasihat &  kaunseling. Inilah 
jihad kecil yg saya akan lakukan hingga akhir hayat saya".


Mohon Semua Pihak Ampunkan Dosanya Sekeluarga
"Saya juga telah memberi teguran setakat kemampuan kepada 
berbagai pihak termasuk media di Malaysia melalui kursus yg saya 
kendalikan atau prog motivasi di media tempatan. Insya Allah teguran 
saya tidak tertumpu kpd pihak2 yg tertentu sahaja. Saya tak takut kpd 
sesiapapun di dunia ini, saya cuma takut kpd Allah SWT. Di Mekah & 
Madinah tempohari saya telah berpesan kpd sahabat2 dari Malaysia 
utk tidak lupa mendoakan keselamatan Malaysia, agar semua org 
Islam di Malaysia bersatu & kita mati dalam husnul khatimah.  

Saya amat sedih bila gambar2 anak2 saya yg sudah lebih 9 tahun 
yg lalu, di sebarkan semula. Gambar anak lelaki saya & isterinya juga 
di sebar seolah2 gambar masa berdating, walhal itu gambar2 
selepas mrk berkahwin. Insya Allah anak2 saya telah berubah & 
saya telah berwasiat kpd mereka utk: Jaga solat 5 waktu, baca 
Quran tiap hari, tutup aurat setiap masa, buat apapun dgn terbaik, 
bantu org & jangan menyusahkan org lain.   Pesan Nabi SAW: 
Barangsiapa yg menutup aib saudaranya, maka Allah akan tutup 
aibnya di dunia & di akhirat. Saya seru diri saya & 

shbt yg di muliakan 
supaya tidak mengaibkan sesiapa di dunia ini. Bila nampak org buat silap, 
nasihatkan dia jika mampu & doakan agar Allah beri mrk hidayat, 
segera bertaubat & dpt berubah. Bila kita mengutuk org lain, kita 
seolah olah mengatakan kita ni sempurna & kita lebih baik drp org 
yg di kutuk itu.  Ingat pesanan Imam al Ghazali: Jika kamu nampak 
org jahat depan kamu, jgn sangka kamu lebih baik drp org itu. 
Org yg jahat itu mungkin sempat bertaubat sebelum mati, & kita 
yg kononnya baik ini (pastinya byk dosa) belum pasti sempat 
bertaubat sebelum mati.   Kita tidak maksum & semua kita buat silap. 
Org yg bertaubat, insya Allah akan di ampunkan semua dosanya. 
Moga shbt yg mulia dpt ampunkan semua dosa kami sekeluarga.   
Dengan rendah diri saya memohon agar 
saudara Norsammudin dapat menurunkan atau 
delete video tersebut & semua shbt dpt delete gambar2 yg 
boleh memalukan keluarga saya. Doakan saya sekeluarga agar 
dpt menjadi insan yg Allah redha & dapat memberi sumbangan 
kpd rakyat di Malaysia.  

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.