KEDAH BEDRGOLAK LAGI - TUKAR TIUB TURUN MENGHASUT
PENGUMUMAN
UNTUK WARGA UTARA
23hb fen 2013 - sabtu
di pendang kedah
ito, nik jidan, akan bersama
mat sabu dan tukar tiub
KENYATAAN MEDIA Persatuan Anak Kedah di Perantauan (Pakar)
MENYOKONG PENUH PENDEDAHAN NGO BONGKAR 403 TENTANG KEPINCANGAN PENTADBIRAN BARISAN NASIONAL KEDAH.
Persatuan Anak Kedah di Perantauan (Pakar) sangat terkejut dengan
pendedahan yang dibuat oleh sebuah NGO BONGKAR 403 tentang 11
penyelewengan yang telah dilakukan oleh BN sebelum 2008 ketika mentadbir
negeri KEDAH. Ini yang mengakibatkan rakyat kedah terpaksa menanggung
hutang sebanyak RM403 juta. Seluruh rakyat perlu diberi penerangan
tentang penyelewengan dan salahtadbir sehingga melibatkan RM403 juta di
Kedah dari zaman pentadbiran Menteri Besar Y.A.B Tan Sri Dato' Seri
Haji Osman Bin Haji Aroff , Y.A.B Tan Sri Dato Seri Sanusi Bin Junid,
Y.A.B Dato Seri Haji Syed Razak Bin Haji Syed Zain dan yang terakhir
Dato' Seri Diraja Haji Mahdzir Bin Khalid.
Kami mempersoalkan bagaimana pihak kerajaan persekutuan mengawal
projek-projek awam di negeri yang menggunakan peruntukan Kerajaan Pusat.
Jika perbelanjaan tersebut dikeluar di zaman BN memerintah negeri Kedah
sewajarnya semua dokumen yang ada dalam agensi-agensi pelaksana pusat
dan negeri disiasat.
Jumlah kerugian yang dinyatakan itu sangat signifikan bagi negeri
seperti Kedah yang bukan sahaja memberi kesan kepada aliran kewangan
pembendaharaan negeri malah boleh menjejaskan integriti kerajaan di kaca
mata kerajaan Pusat dan institusi kewangan.
Jika segala pengurusan 11
projek tersebut berjalan mengikut prosedur, pihak ketua kerajaan di
zaman BN itu tidak perlu takut untuk memberi penjelasan asalkan fakta
dan rekod yang ada tidak diselewengkan.
Jika jelas ada penyelewengan, maka tindakan mengikut undang-undang perlu diambil kerana ia melibatkan wang awam.
Jika kerajaan BN Negeri Kedah mencatat rekod kerugian dalam
projek-projek yang dilaksanakan atau terbukti berbelanja di luar
prosedur yang sepatutnya sehingga kos sengaja dibesarkan (over inflate)
untuk memberi keuntungan kepada pihak tertentu, maka tindakan tegas
perlu diambil dan pihak kerajaan yang memerintah ketika itu perlu
dipertanggungjawabkan
Bukan sahaja rakyat Kedah malahan seluruh rakyat Malaysia ingin tahu tentang perjalanan projek- projek “sakit” ini :-
- Projek Udang Kerpan,
- Projek UbahSuai Sri Mentaloon,
- Projek Feedlot Pendang,
- Projek Balak Laluan Tekih,
- Projek 99 East Langkawi,
- Jerai International Park,
- Projek Taliworks Langkawi dan
- Projek Loji Air Padang Sanai dan Lubuk Buntar
Sebelum ini Pengerusi Bongkar 403 juta, YB Ustaz Mohd Firdaus Jaafar
menjelaskan, penyelewengan yang telah dilakukan oleh BN ini
mengakibatkan rakyat Kedah terpaksa menanggung hutang sebanyak RM403
juta.
Sehubungan dengan itu kami menjemput bukan sahaja anak- anak Kedah
diperantauan tetapi seluruh warga Lembah Kelang dan rakyat Malaysia
untuk menilai sendiri pembongkaran 11 penyelewengan yang melibatkan
RM403 juta itu yang akan diadakan pada 23 Februari 2013 . Jam 9.00 malam
di Dewan Dato Haji Fadzil Mohd Noor , KUIZM, Taman Melawar Kuala
Lumpur.
Ceramah pada malam itu akan menampilkan YB Dato Mahfuz Omar / Ahli
Parlimen Pokok Sena, YB Dato’ amiruddin / exco kerajaan negeri Kedah ,
YB Dato’ Ahmad B Kasim / Ahli Parlimen Kuala Kedah, YB Ustaz Firdaus
Jaafar / Pengerusi Bongkar 403 , Saudara Sanusi Mohd Noor / Setiausaha
Politik Menteri Besar Kedah, Saudara Zulkifli Yahya / Pegawai penerangan
Kerajaan Negeri Kedah , Ustaz Riduan Abu Bakar dan Wakil dari parti
DAP Kedah.
Persatuan Anak Kedah di Perantauan amat menyokong penuh pendedahan yang
telah dicetuskan oleh BONGKAR 403 ini dan kami juga menuntut agar pihak
UMNO dan Barisan Nasional Kedah tampil untuk menjelaskan kepincangan ini
tanpa mereka perlu memusing fakta dengan merangka serangan yang
bersifat keanak-anakan umpama “menutup tahi gajah dengan sebatang
lidi”.
Sekian, wassalamualaikum .
Yang Benar ,
Mohd Amin Othman.
Pengerusi Persatuan Anak Kedah di Perantauan (Pakar),
---
0 orang berkata:
Post a Comment