Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Tak relevan guna bomoh untuk menang
Wartawan Sinar Harian 26 Februari 2013
SHAH ALAM - Majlis Bekas-Bekas Wakil Rakyat (Mubarak) Negeri Selangor menyifatkan tindakan sesetengah pemimpin politik yang masih percaya kemenangan dalam pilihan raya bergantung kepada bomoh adalah tidak relevan.
Yang Dipertuanya, Tan Sri Abu Hassan Omar berkata, kedudukan atau pengaruh sebagai pemimpin atau wakil rakyat dalam masyarakat merupakan kekuatan utama memenangi hati rakyat, bukannya menggunakan bomoh.

Menurutnya, faktor kemenangan juga bergantung kepada khidmat bakti kepada rakyat selain parti yang diwakili pemimpin terbabit.

“Itu faktor penting (memenangi pilihan raya dan hati rakyat) bukannya guna bomoh dan sebagainya kerana rakyat tahu dan sudah mempunyai keupayaan dan kebolehan sendiri untuk membuat pilihan.

“Rakyat kini bijak membuat penilaian terhadap seseorang calon atau pemimpin yang akan bertanding dalam pilihan raya nanti. Jadi tidak perlu buat kerja seumpama ini (guna bomoh) sebab tiada faedah dan tidak relevan,” katanya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.