20 Februari, 2013
SPR Terkantoi Lagi.. Saksikalah!!
PETALING JAYA, 19 FEB: Penolong-penolong pendaftar dan Suruhanjaya
Pilihan Raya (SPR) boleh diheret kemuka pengadilan sekiranya terbukti
bersekongkol di dalam penipuan pendaftar pengundi baru tanpa pengetahuan
penama asal.Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh mendakwa berdasarkan
aduan yang diterima setakat ini, PKR mempunyai cukup bukti untuk
mengheret mereka meskipun sebelum ini SPR tidak melihat perkara tersebut
sebagai sesuatu yang luarbiasa.
Menurutnya, peningkatan mendadak jumlah daftar pengundi baru menunjukkan unsur-unsur kesalahan jenayah dari segi undang-undang negara seperti yang termaktub dibawah Akta Kesalahan Pilihan Raya Akta (5) 1954, Seksyen uuh3 (1) (a).“Seksyen berkenaan menyatakan, mana-mana orang yang dengan diketahuinya membuat apa-apa penyataan palsu dalam atau berkaitan dengan apa-apa permohonan supaya dimasukkan ke dalam mana-mana daftar pemilih.“Boleh disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau di penjarakan dan di denda kedua-duanya,” katanya dalam satu sidang media.Menurut Fuziah aduan yang diterima dari pelbagai latar belakang antaranya pelajar di luar negara, pemilih cukup umur, orang dewasa yang tidak pernah mendaftar dan juga ahli Puteri Umno.Pihak PKR menggesa semua yang didalam kategori di atas dengan segera memeriksa status pemilih mereka dilaman web SPR atau melalui wakil-wakil parti.Tegasnya, SPR diminta memberi segala kerjasama untuk buatkan cabutan borang pendaftaran pemilih sekiranya di minta oleh pihak diri pemilih.Keengganan oleh pihak SPR untuk memberi kerjasama akan mengundang rakyat menaruh syak kepada SPR bahawa mereka dikawal oleh Umno-BN, ujar beliau lagi.“Sekiranya didapati nama mereka di daftarkan tanpa pengetahuan, mereka disaran ke Pejabat SPR berdekatan dan buat cabutan borang permohonan mereka.“Sekiranya tidak mendapat kerjasama daripada SPR sila laporkan kepada kami.“Setelah mendapat borang cabutan. Sila buat laporan polis ke atas pendaftar yang melakukan kesalahan tersebut.“Serah satu salinan borang cabutan dan laporan polis kepada kami. Pihak PKR akan lantik satu majlis peguam untuk meilhat kepada kes ini,” ujarnya lagi. ~selangorku

0 orang berkata:
Post a Comment