PR umum senarai kerusi 25 Februari
4 Februari 2013
KUANTAN – Teka-teki pembahagian kerusi oleh Pakatan Rakyat (PR) pada
Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akan terjawab apabila selesai konvensyen
PR di Selangor, 25 Februari ini.
Naib Presiden PKR, Tian Chua berkata, manifesto PR akan turut dilancarkan.
“PR akan buat pengumuman pembahagian kerusi di seluruh kawasan membabitkan semua parti.
“Melalui pengumuman itu, persoalan berapa banyak kerusi yang akan diwakili parti termasuk DAP, PKR dan Pas akan terjawab," katanya pada sidang media selepas merasmikan Pusat Komuniti Dun Semambu, di sini, semalam.
Hadir sama, Pengerusi PKR Pahang, Datuk Fauzi A Rahman, Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh dan Pemangku PKR Cabang Indera Mahkota, Lee Chean Chun.
Sementara itu, Tian Chua turut mendakwa pengundi hantu masih wujud.
“Terbaru, kita dapat kesan satu kes seorang individu yang sudah lama belajar dan bekerja di Singapura serta tidak pernah mendaftar sebagai pemilih.
“Peliknya, bila diperiksa untuk pendaftaran baru, nama individu ini sudah wujud dan banyak lagi kes sebegini berlaku," katanya.

0 orang berkata:
Post a Comment