26/05/13
Ustaz Azhar Idrus Khawin lagi ~~ Gambar
Tahniah diucapkan ke atas Ustaz Azhar
Idrus (UAI) kerana selamat diijabkabulkan dengan anak saudara Tn Hj Omar
bin Tahar, Ketua Cawangan Keramat Permai AU 1, Hulu Klang, Gombak,
majlis ini merupakan pernikahan beliau dengan isteri ke tiga .
Penulis doakan Semoga jodoh berpanjangan sehingga akhir hayat .
Yang menarik pada majlis perkahwinanan Ustaz Azhar Idrus pada kali ini ialah semua madu madu sama meraikan majlis itu.
Hmmm... alangkah bahagianya lelaki dalam
dunia ini jika bakal bakal madu sporting seperti mereka, tentu aman dan
tenteram rumahtangga.
Taniah sekali lagi diucapkan kepada UAI ...
Penulis pun ada hati nak tambah satu lagi tapi apakan daya tak mampu huk huk huk...
Terbaca ayat Surat An-Nisa’ ayat 3:”… jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka (kawinilah) seorang saja…”
Firman Allah s.w.t :
وَإِنْ خِفْتُمْ أَلَّا تُقْسِطُوا فِي
الْيَتَامَى فَانْكِحُوا مَا طَابَ لَكُمْ مِنَ النِّسَاءِ مَثْنَى
وَثُلَاثَ وَرُبَاعَ فَإِنْ خِفْتُمْ أَلَّا تَعْدِلُوا فَوَاحِدَةً أَوْ
مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُكُمْ ذَلِكَ أَدْنَى أَلَّا تَعُولُوا
“ Dan jika kamu takut tidak berlaku adil
terhadap perempuan-perempuan yatim ( apabila kamu berkahwin dengan
mereka ), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari
perempuan-perempuan ( lain ): dua, tiga atau empat. kemudian jika kamu
bimbang tidak akan berlaku adil ( di antara isteri-isteri kamu ) maka (
berkahwinlah dengan ) seorang sahaja, atau ( pakailah ) hamba-hamba
perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat ( untuk
mencegah ) supaya kamu tidak melakukan kezaliman.” (Surah An-Nisa’:3)
0 orang berkata:
Post a Comment